๐…๐ˆ๐‹๐„๐Œ ๐’๐˜๐€๐‡๐€๐ƒ๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ‘ (๐…๐ข๐ฅ๐ž๐ฆ ๐’๐ข๐ฅ๐š๐ญ)



๐Ÿ…ฟ๐Ÿ†๐Ÿ…พ๐Ÿ…ณ๐Ÿ†„๐Ÿ…ฒ๐Ÿ…ด๐Ÿ† โ–บ ๐—ง๐—ฟ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ผ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—ฟ๐—ธ๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—ฆ๐—ฑ๐—ป ๐—•๐—ต๐—ฑ
๐Ÿ…ฐ ๐Ÿ…ต๐Ÿ…ธ๐Ÿ…ป๐Ÿ…ผ ๐Ÿ…ฑ๐Ÿ†ˆ โ–บ ๐——๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ธ ๐——๐—ฟ ๐—™๐—ฎ๐—ถ๐—ฟ๐˜‚๐˜€ ๐—›๐˜‚๐˜€๐˜€๐—ฎ๐—ถ๐—ป & ๐—›๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—บ ๐—›๐—ฎ๐˜€๐˜€๐—ฎ๐—ป
๐Ÿ…ฟ๐Ÿ†๐Ÿ…พ๐Ÿ…ณ๐Ÿ†„๐Ÿ…ฒ๐Ÿ†ƒ๐Ÿ…ธ๐Ÿ…พ๐Ÿ…ฝ โ–บ ๐—”๐—ฟ๐—ธ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜๐˜‚๐—ฑ๐—ถ๐—ผ ๐—ฆ๐—ฑ๐—ป ๐—•๐—ต๐—ฑ
.
Filem SYAHADAN diterbitkan oleh syarikat Trilion Marketing Sdn Bhd dengan kerjasama Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) dalam usaha untuk mengetengahkan dan mempromosi seni silat sebagai sebuah institusi pendidikan masyarakat Malaysia khususnya bagi generasi muda. Filem SYAHADAN merupakan sebuah karya dan dokumentasi Seni Silat sebagai khazanah warisan negara sepertimana yang telah diiktirafkan oleh pihak UNESCO, Silat sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan pada 2019.
.
Pihak penerbit telah mengeluarkan kos 100% untuk pembikinan Filem SYAHADAN tanpa pembiayaan oleh mana-mana pihak. Sepanjang proses pembikinan Filem SYAHADAN ini, bermula daripada penulisan skrip, pengarahan, unit kamera, unit penata cahaya, unit audio, unit prop, unit teknikal serta sehingga ke unit pasca-produksi, semuanya terdiri daripada gabungan ahli-ahli silat dari pelbagai perguruan di Malaysia.
.
Tayangan Perdana Filem SYAHADAN telah dirasmikan oleh KDYMM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Pemangku Raja Pahang pada 12 Februari 2022 bertempat di Pawagam TGV One Utama, Petaling Jaya, Selangor.
.
Manakala pada 8 Januari 2023, Filem SYAHADAN telah diapresiasikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Bin Mohamad di pawagam P.Ramlee FINAS, Ampang, Selangor.
…………………………………………………………………………………………………
Makluman Tambahan

Pada tahun 2019, seni silat di Malaysia berjaya disenaraikan di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Pengiktirafan itu diberikan pada persidangan mesyuarat sesi ke-14 Intergovernmental Committee for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage yang berlangsung di Bogota, Colombia dari 9 hingga 14 Disember.
Penyenaraian di peringkat UNESCO merupakan pengiktirafan bertaraf dunia ke atas satu daripada khazanah warisan negara bagi warisan kebudayaan tidak ketara. Penyenaraian ini juga memperlihatkan komitmen Malaysia dalam melindungi warisan dunia dan secara tidak langsung akan mendapat perhatian pelbagai pihak dan dunia.
.
๐‚๐Ž๐๐˜๐‘๐ˆ๐†๐‡๐“ / ๐‡๐€๐Š๐‚๐ˆ๐๐“๐€
This video is intended for promotional proposes only and may not be sold, rented or reproduced by any party. Any unauthorised used of this video is prohibited by applicable law. The content in this video may not be available for all platforms nor in all countries.
_________________________________________________________________________
Video ini bertujuan untuk promosi dan tidak boleh dijual, disewa atau diterbitkan semula oleh mana-mana pihak.
Sebarang penggunaan klip video tanpa kebenaran adalah salah disisi undang-undang. Kandungan di dalam video ini tidak tersedia untuk semua platform atau di semua negara.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Bitcoin (BTC) RM101,974.73
Ethereum (ETH) RM7,176.58
Tether (USDT) RM4.28
BNB (BNB) RM1,407.27
USD Coin (USDC) RM4.28
XRP (XRP) RM1.77
Binance USD (BUSD) RM4.28
Cardano (ADA) RM1.74
Solana (SOL) RM107.25
Dogecoin (DOGE) RM0.397614
Polkadot (DOT) RM28.67
Polygon (MATIC) RM5.25
Lido Staked Ether (STETH) RM7,150.64
Shiba Inu (SHIB) RM0.000053
Dai (DAI) RM4.28
TRON (TRX) RM0.276348
Avalanche (AVAX) RM94.24