1 lagi kertas siasatan dibuka berkait duit dalam beg polis

0

Anggota polis trafik itu menjalankan sekatan jalan raya apabila Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman menjalankan pemeriksaan dan menemui RM3,753 dalam sebuah beg dan kereta polis.
SHAH ALAM: Satu lagi kertas siasatan dibuka terhadap 10 anggota trafik IPD Petaling Jaya berhubung penemuan wang tunai RM3,753 dalam beg dan sebuah kereta polis yang menjalankan sekatan jalan raya baru-baru ini.
Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata selain siasatan tatatertib yang sedang dijalankan, polis membuka satu lagi kertas siasatan bagi kesalahan jenayah.
“Kami membuka satu lagi (kertas siasatan) bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil,” kata Hussein pada sidang media.
Pada Ahad, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman menjalankan pemeriksaan ke atas pasukan itu semasa operasi pada 2.30 pagi.
JIPS mendapati seorang daripada sarjan memiliki wang tunai berjumlah RM3,313 dalam sebuah beg manakala RM440 lagi ditemui dalam sebuah kereta polis.
Laporan telah dibuat untuk menentukan sama ada terdapat unsur rasuah atau pelanggaran prosedur polis trafik.
Pasukan itu terdiri seorang inspektor, dua sarjan, seorang koperal, tiga lans koperal dan tiga konstabel. Mereka ditempatkan di IPD Petaling Jaya tetapi dipindahkan ke unit lain sementara menunggu siasatan.
Hussein berkata, prosedur operasi standard menetapkan seorang anggota polis yang melakukan rondaan atau sekatan jalan raya hanya boleh membawa wang tunai sehingga RM100.
Jika membawa lebih daripada itu, mereka dikehendaki mengisytiharkannya kepada penyelia sebelum memulakan tugas. Mereka juga dikehendaki membawa buku log untuk mencatat aktiviti semasa menjalankan tugas.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM430,895.66
Ethereum (ETH) RM16,517.25
Tether (USDT) RM4.46
BNB (BNB) RM3,433.45
USDC (USDC) RM4.46
XRP (XRP) RM11.82
BUSD (BUSD) RM4.28
Cardano (ADA) RM5.49
Solana (SOL) RM1,049.97
Dogecoin (DOGE) RM1.87
Polkadot (DOT) RM44.69
Polygon (MATIC) RM3.18
Lido Staked Ether (STETH) RM16,504.72
Shiba Inu (SHIB) RM0.000135
Dai (DAI) RM4.46
TRON (TRX) RM1.69
Avalanche (AVAX) RM242.87