2 pilihan tangani masalah bekalan air ekoran paip bocor dipertimbang

0

Tangkap layar video orang awam memaparkan air yang keluar daripada paip di dasar Sungai Perai, petang tadi.
BUTTERWORTH: Dua pilihan sedang dipertimbangkan dalam usaha memulihkan bekalan air susulan kejadian paip pecah di dasar Sungai Perai petang tadi.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow, yang juga pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), berkata pilihan pertama ialah memperbaiki paip bocor yang dijangka boleh disiapkan antara 24 hingga 48 jam.
Pilihan kedua pula ialah mempercepatkan pemasangan paip alternatif yang disedang giat berjalan, dan dijangka akan mengambil masa lima atau enam hari.
Dalam penerangannya kepada pemberita malam tadi, Chow berkata pihaknya akan dapat tentukan pilihan yang terbaik bagi menyegerakan pemulihan bekalan air, selepas penyelam selesai menilai keadaan paip di dasar sungai.
“Setelah penilaian baru kita tahu sama ada kerja-kerja kebocoran itu dapat dilakukan atau kita perlu percepatkan lagi kerja-kerja paip lencongan supaya ianya dapat disiapkan dengan lebih awal,” katanya.
Sementara itu, PBAPP mengerahkan lori-lori tangki air dan bomba sukarela untuk membantu penduduk terkesan, tambahnya.
“Bagi pihak kerajaan negeri dan PBAPP sekali lagi saya mohon kesabaran semua pengguna dan rakyat terkesan,” katanya.
Pemasangan paip alternatif itu sebelum ini dijangka siap pada 2 Feb, dan sekiranya dipercepatkan akan siap pada 29 Jan.
Petang tadi, Chow menyifatkan kebocoran besar pada saluran paip bawah permukaan air Sungai Perai sebagai mengejut dan mendadak.
PBAPP sedang berusaha mengepam air melalui saluran paip pada aliran minimum, yang mungkin akan membawa kepada gangguan bekalan air kepada kira-kira 200,000 pengguna di daerah Barat Daya dan beberapa kawasan di Seberang Perai.
Pemberita sebelum ini dimaklumkan bahawa paip berada di dasar sungai lebih 30 tahun.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM422,577.09
Ethereum (ETH) RM11,828.82
Tether (USDT) RM4.43
BNB (BNB) RM2,851.52
USDC (USDC) RM4.43
XRP (XRP) RM11.26
BUSD (BUSD) RM4.43
Cardano (ADA) RM3.32
Solana (SOL) RM745.75
Dogecoin (DOGE) RM1.11
Polkadot (DOT) RM20.98
Polygon (MATIC) RM1.33
Lido Staked Ether (STETH) RM11,814.09
Shiba Inu (SHIB) RM0.000067
Dai (DAI) RM4.43
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM103.28