36 polis India cedera dalam pertempuran dengan penunjuk perasaan Pelabuhan Adani

0

Penunjuk perasaan menghalang kenderaan pembinaan Adani daripada memasuki pelabuhan pada hujung minggu walaupun perintah mahkamah supaya kerja disambung semula. (Gambar AP)
KOCHI: Seramai 36 polis cedera dalam pertempuran dengan penunjuk perasaan di Kerala, yang menuntut pembebasan salah seorang yang ditahan ketika demonstrasi projek pelabuhan Kumpulan Adani bernilai USD900 juta
Pergolakan yang semakin meningkat itu menjadi masalah utama kepada pelabuhan dan logistik Adani yang bernilai USD23 bilion.
Lokasi pelabuhan di hujung selatan India itu dilihat sebagai kunci untuk mendapatkan pelaburan dari pelabuhan di Dubai, Singapura dan Sri Lanka.
Pembinaan di pelabuhan Vizhinjam dihentikan selama lebih tiga bulan selepas penunjuk perasaan, kebanyakannya terdiri daripada komuniti nelayan, menghalang pintu masuk dan menyalahkan pembangunan sebagai penyebab hakisan pantai dan merampas mata pencarian mereka.

Pada hujung minggu lalu, penunjuk perasaan menghalang kenderaan pembinaan Adani daripada memasuki pelabuhan, walaupun mahkamah memerintahkan supaya kerja pembinaan disambung semula.
Tindakan itu menyebabkan ramai daripada penunjuk perasaan ditangkap.
Ia kemudian mendorong ratusan lagi untuk berkumpul di balai polis pada malam semalam bagi menuntut pembebasan salah seorang daripada mereka yang ditahan.
Tindakan itu membawa kepada pertempuran dengan polis dan kerosakan pada beberapa kenderaan, berdasarkan rakaman televisyen dan dokumen polis.

β€œMereka tiba membawa senjata dan menyerbu masuk ke dalam balai dan menahan tebusan polis, selain mengancam sekiranya individu yang ditahan tidak dibebaskan mereka akan membakar balai itu,” kata polis.
Kebanyakan penunjuk perasaan adalah penganut Kristian yang diketuai oleh paderi Roman Katolik.
Sebelum ini, projek berkenaan dikatakan mematuhi semua undang-undang.
Ia turut memetik kajian dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini yang menolak dakwaan mengaitkannya dengan hakisan pantai.
Kerajaan negeri menyalahkan hakisan sebagai faktor bencana alam.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM313,983.62
Ethereum (ETH) RM16,580.78
Tether (USDT) RM4.72
BNB (BNB) RM2,852.89
USDC (USDC) RM4.72
XRP (XRP) RM2.38
BUSD (BUSD) RM4.65
Cardano (ADA) RM1.90
Solana (SOL) RM677.01
Dogecoin (DOGE) RM0.608896
Polkadot (DOT) RM28.65
Polygon (MATIC) RM2.76
Lido Staked Ether (STETH) RM16,571.16
Shiba Inu (SHIB) RM0.000091
Dai (DAI) RM4.72
TRON (TRX) RM0.551205
Avalanche (AVAX) RM134.36