Pada pendapat Ruby sebagai pengguna, penambahan sehingga 10 jam hayat bateri di Galaxy Z Flip4 amat membantu berbanding bateri Galaxy Z Flip3 hanya 3,300 mAh sahaja. Kebiasaannya rutin sebelum tidur Ruby akan cas Galaxy Z Flip4.
Apabila keesokan hari bateri akan 100% penuh. Wayar type C dan adapter sentiasa ada di dalam bag Ruby. Jadi, waktu lebih kurang 6 petang Ruby akan cas telefon kembali. Ketika itu, bateri masih berbaki 20%.
Perlu diingatkan apakah gaya dan cara penggunaan telefon kita. Sebab cara penggunaan telefon pintar setiap orang berbeza. Dalam Galaxy Z Flip4 Ruby, Ruby hanya mempunyai aplikasi penting untuk urusan kerja dan sekolah anak sahaja. Seperti beberapa akaun e-mail, Whatsapp, Telegram, Spotify, Samsung Health, Samsung Wearable, Samsung Pay, Keep Notes, Google Family Link, Blogger dan Google Drive.
Apabila menggunakan Galaxy Z Flip4 ni, aktiviti kegemaran Ruby lakukan adalah ambil gambar dan video anak-anak FlexCam. Ambil gambar dari pelbagai arah dan melalui kamera selfie atau kamera di skrin hadapan Quick Shot juga menyumbang kepada pengurangan bateri. Jadi, anda boleh belajar untuk plan ambil gambar bagaimana sebelum snap menggunakan Galaxy Z Flip4. Gunakan hand gesture dan timer untuk hasil gambar lebih sharp. Okay?
Media sosial lain memang Ruby tidak install sebab Galaxy Z Flip4 khas untuk kegunaan personal sahaja. Untuk menjimatkan bateri Galaxy Z Flip4 adalah dengan mengurangkan pencahayaan, dan jika membuka pelbagai aplikasi, sentiasalah tutup semua aplikasi setelah selesai menggunakannya.
Kita sedia maklum bagaimana setiap telefon pintar terus beroperasi dengan data internet Telco yang sedang aktif di belakang tabir. Notifikasi dari aplikasi, sms dan panggilan telefon juga menyumbang kepada baki bateri harian telefon pintar anda. Kenali telefon anda dan sama-sama memahami kelebihannya. Setuju?