5 maut kereta dipandu remaja 16 tahun rempuh 4 kenderaan

0

Keadaan kereta yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Teo Kui Seng-Stutong Baru di Kuching, Sarawak yang mengorbankan lima mangsa. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA: Lima maut dan empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Teo Kui Seng-Stutong Baru di Kuching, Sarawak pada tengah hari tadi.

Ketua Polis Kuching, Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, empat mangsa termasuk seorang wanita berusia antara 16 hingga 45 tahun maut di lokasi kejadian.

Katanya, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun pula disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta Proton Saga yang dipandu seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dari arah Jalan Lapangan Terbang menghala ke Jalan Seria Raja hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

“Kereta itu kemudian merempuh dua motosikal dan dua kereta di laluan bertentangan itu,” katanya dalam kenyataan menurut Harian Metro.

Empat lagi kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu ialah kereta Toyota Altis, Proton Saga serta dua motosikal jenis Yamaha dan Modenas.

Farhan berkata, remaja lelaki berusia 16 tahun cedera di leher dan masih menerima rawatan di HUS. Tiga lagi mangsa yang cedera turut menerima rawatan di hospital sama.

Katanya, remaja lelaki itu tidak memiliki lesen memandu akan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik, Lucas Apin di talian 013-8246881 / 082- 259900 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM403,228.95
Ethereum (ETH) RM7,499.54
Tether (USDT) RM4.41
BNB (BNB) RM2,680.69
USDC (USDC) RM4.41
XRP (XRP) RM9.52
BUSD (BUSD) RM4.41
Cardano (ADA) RM2.90
Solana (SOL) RM638.43
Dogecoin (DOGE) RM0.758328
Polkadot (DOT) RM17.23
Polygon (MATIC) RM0.954122
Lido Staked Ether (STETH) RM7,501.52
Shiba Inu (SHIB) RM0.000058
Dai (DAI) RM4.41
TRON (TRX) RM1.09
Avalanche (AVAX) RM95.51