Afidavit Zahid kena pada waktunya, menurut penganalisis

0

Seorang penganalisis percaya afidavit Zahid Hamidi boleh mematahkan dakwaan presiden Umno itu tidak menyokong Najib Razak secukupnya. (Gambar Reuters)
PETALING JAYA: Langkah Zahid Hamidi menyokong permohonan Najib Razak untuk menjalani baki hukuman di bawah penahanan di rumah dilihat sebagai kena pada waktunya, menurut penganalisis sosiopolitik.
Awang Azman Awang Pawi berpandangan afidavit presiden Umno itu mungkin boleh mematahkan dakwaan beliau tidak menyokong Najib secukupnya, dan dipercayai boleh membantu usaha menyatukan dalaman Umno, dan memberi pencerahan buat puak yang meragui kesetiaan Zahid kepada Najib.
“Afidavit ini membuktikan sebaliknya. Ini boleh memberikan ketenteraman dan menyatukan dalaman Umno,” katanya.
“Afidavit ini membuktikan bahawa usaha dilakukan dengan penuh taktikal, dengan langkah yang bijaksana, dibuat secara stategik, dan menunggu masa yang sesuai untuk didedah.”
Awang Azman berkata kerajaan kini harus ambil langkah-langkah memastikan semua kepentingan, hak, dan keadilan diberikan.
Beliau berpandangan afidavit Zahid itu tidak mungkin menjejaskan kerajaan perpaduan, tetapi saluran yang sesuai, wajar, tertutup harus dimanfaatkan bagi mengelak perkara ini disalah tafsir kerana ia menyentuh kuasa Yang di-Pertuan Agong, mahkamah, hak Najib dan penyokong afidavit itu.
Katanya, kerajaan perlu tangani isu ini dengan tenang, sabar, dan berhati-hati.
“Semua pihak perlu serah kepada mahkamah,” katanya.
“Barangkali ia melibatkan tafsiran undang-undang ataupun Perlembagaan misalnya mengenai penahanan di rumah.”
Najib pada 1 April lalu memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk memaksa kerajaan mendedahkan ‘perintah tambahan’ yang didakwa daripada Agong terdahulu, semasa mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan pada 29 Jan.
Najib mendakwa kerajaan melakukan penghinaan kerana tidak melaksanakan ‘perintah tambahan’ tersebut, yang menurutnya tidak diumumkan oleh lembaga berkenaan pada 2 Feb.
Zahid, yang juga timbalan perdana menteri, mendakwa beliau dimaklumkan perkara itu oleh Tengku Zafrul Aziz dalam satu pertemuan pada 30 Jan lalu.
Tengku Zafrul berkata beliau mahu memfailkan afidavit untuk memperbetulkan beberapa kesilapan fakta dalam afidavit Zahid.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM434,258.45
Ethereum (ETH) RM17,107.48
Tether (USDT) RM4.43
BNB (BNB) RM3,188.11
USDC (USDC) RM4.43
XRP (XRP) RM10.09
BUSD (BUSD) RM4.40
Cardano (ADA) RM5.14
Solana (SOL) RM1,039.31
Dogecoin (DOGE) RM1.90
Polkadot (DOT) RM45.51
Polygon (MATIC) RM3.01
Lido Staked Ether (STETH) RM17,090.96
Shiba Inu (SHIB) RM0.000133
Dai (DAI) RM4.43
TRON (TRX) RM1.40
Avalanche (AVAX) RM226.11