Agensi kawalan temukan penempatan sementara berhampiran sempadan Thailand

Surina Saad. (Gambar Bernama)

KUALA PERLIS: Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Perlis menemukan sebuah penempatan sementara yang dipercayai digunakan untuk mencari harta karun dan melakukan aktiviti tidak bermoral di kaki Bukit Putih, Kampung Wai.

Ketua Polis Perlis, Surina Saad berkata terowong pertama sepanjang kira-kira 6 meter manakala terowong kedua tidak bersambung itu digali bagi mencari barang berharga seperti harta karun dan emas.

Kawasan itu dipercayai ditinggalkan hampir setahun lalu dan ia dikesan ketika rondaan pada Mac.

“Selain itu terdapat kesan penempatan sementara seperti telaga, besi paip, tempat berkumpul, sebuah pondok kecil dan barang-barang seperti pinggan mangkuk yang menunjukkan kehadiran wanita dalam jumlah yang ramai,” katanya kepada pemberita semalam.

Surina tidak menolak kemungkinan bahawa terowong digali oleh mereka yang berpengalaman dalam menghasilkan terowong berdasarkan hasil kerja yang tersusun, kemas, dan teratur.

“Walaupun tiada tanda-tanda bahawa terowong ini digunakan untuk tujuan penyeludupan, pihak Aksem akan terus melakukan pemantauan berikutan kedudukanya strategik iaitu berdekatan dengan sungai dan tidak jauh dari sempadan,” katanya..

Source link

Comments (0)
Add Comment