Ahli Parlimen PH akan serah memorandum bebas tahanan Sosma kepada menteri

0

Ahli Parlimen Klang V Ganabatirau antara yang tidak setuju dengan pandangan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail minggu lalu bagi meneruskan penggunaan Sosma. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Klang V Ganabatirau akan menyerahkan memorandum berhubung rayuan pembebasan tahanan Sosma kepada Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang Selangor itu berkata, beliau bersama Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo akan memanjangkan isu berkenaan kepada menteri terbabit.
Katanya, beliau sendiri antara Ahli Parlimen yang tidak setuju dengan pandangan Saifuddin minggu lalu bagi meneruskan penggunaan Sosma.
“Gobind Singh telah keluarkan kenyataan memberikan gambaran yang sebenarnya dan saya setuju sangat dengan pandangan Gobind Singh,” katanya selepas menerima memorandum rayuan pembebasan mangsa tahanan Akta Sosma 2012 daripada keluarga tahanan Sosma dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Sesi penyerahan memorandum itu turut dihadiri oleh lima lagi Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH), P Prabakaran (Batu), RSN Rayer (Jelutong), Chow Yu Hui (Raub), Tan Hong Pin (Bakri) dan Chiew Choon Man (Miri).
Ganabatirau berkata, sebagai bekas tahanan ISA selama 495 hari beliau cukup memahami masalah dilalui ahli keluarga mangsa tahanan Sosma.
Minggu lalu, menteri dalam negeri mempertahankan penggunaan Akta Sosma oleh polis.
Dalam pada itu, Prabakaran berkata, semua pihak perlu memberikan masa kepada menteri bagi menilai Akta Sosma.

Namun, beliau menegaskan bahawa “tekanan” daripada pihaknya akan terus berjalan.
“(Saya) juga meminta prosiding mahkamah berjalan secepat mungkin supaya kita boleh membawa perkara ini (penahanan Sosma) ke mahkamah.
“Apa-apa pun, mahkamah kena putuskan,” kata Prabakaran ketika ditemui di pekarangan Parlimen.
Seorang ahli keluarga tahanan Sosma, Nirmala dari Sungai Petani merayu kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim agar memberikan jawapan tentang punca penahanan anaknya.
“Tolong pandang, tengok kita punya soalan-soalan ini. Tolonglah bagi satu jawapan yang bagus untuk kita,” rayunya pada sesi penyerahan memorandum itu.
Minggu lalu, ahli keluarga tahanan Sosma mendesak Kementerian Dalam Negeri memberikan penjelasan berhubung punca penahanan ahli keluarga mereka bawah Akta Sosma.
Kata mereka, sehingga hari ini mereka masih tidak mengetahui punca di sebalik penahanan ahli keluarga terlibat, sejak pertengahan tahun ini.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM308,292.90
Ethereum (ETH) RM16,128.19
Tether (USDT) RM4.69
BNB (BNB) RM2,733.58
USDC (USDC) RM4.68
XRP (XRP) RM2.79
BUSD (BUSD) RM4.68
Cardano (ADA) RM1.91
Solana (SOL) RM809.92
Dogecoin (DOGE) RM0.611233
Polkadot (DOT) RM27.75
Polygon (MATIC) RM2.50
Lido Staked Ether (STETH) RM16,120.60
Shiba Inu (SHIB) RM0.00008
Dai (DAI) RM4.69
TRON (TRX) RM0.628074
Avalanche (AVAX) RM134.62