Air Selangor sasar NRW 28.1 peratus

0

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyasarkan mengurangkan kadar purata air tidak berhasil (NRW) sebanyak 0.5 peratus tahun ini kepada 28.1 peratus daripada 28.6 peratus pada tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Suhaimi Kamaralzaman berkata, Air Selangor memperuntukkan RM293 juta tahun ini untuk mencapai penurunan peratus kadar itu dan pelbagai inisiatif akan dilaksanakan termasuk mengesan sekurang-kurangnya 78,000 kes paip bocor pada saluran paip pengagihan dalam program pengesanan kebocoran secara aktif.

“Air Selangor optimis dan akan terus aktif bertugas untuk menurunkan kadar NRW tahun ini. Inisiatif yang akan dilaksanakan ini terbukti berjaya dicapai selama tiga tahun berturut-turut iaitu penurunan kadar NRW secara konsisten berdasarkan sasaran penurunan satu peratus setiap tahun.

“Daripada jumlah peruntukan (RM293 juta), RM170 juta kami peruntukan untuk program penggantian paip lama yang kritikal manakala RM16 juta penukaran meter lama dan rosak.

“Air Selangor akan menubuhkan 75 Zon Pemeteran Daerah (DMZ) dalam program pembentukan DMZ selain membuat penukaran paip lama dan usang terutama dari jenis simen asbestos sepanjang 150 kilometer menerusi program penggantian paip lama,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Suhaimi berkata, tahun ini, pihaknya juga akan meneruskan pemasangan sensor pada paip utama yang dianggarkan berjumlah 1,780 sensor untuk mengesan tekanan sementara dan kebocoran pada peringkat awal serta menggunakan 3,000 alat pengesan kebocoran kekal pada paip retikulasi di 60 DMZ.

Menurutnya, Air Selangor berjaya mencatatkan penurunan kadar NRW sebanyak 1.1 peratus pada 2020 kepada 28.6 peratus berbanding 29.7 peratus pada 2019.

“Signifikan penurunan ini bermakna kehilangan air terawat dalam sistem pengagihan telah dapat dikurangkan sebanyak 43 juta liter sehari iaitu bersamaan dengan 43 juta botol air bersaiz satu liter sehari.

“Penjimatan ini juga adalah bersamaan dengan jumlah pengeluaran salah satu logi rawatan kami yang bersaiz sederhana iaitu loji rawatan air Wangsa Maju, yang menghasilkan lebih kurang 38 juta liter sehari,” katanya.

Beliau berkata pencapaian itu (1.1 peratus) melebihi sasaran pada kadar 29.2 peratus yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) meskipun dalam situasi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik Covid-19.

Suhaimi berkata, Air Selangor bertekad untuk terus mengurangkan kadar NRW kepada tahap 25 peratus pada 2025 dan seterusnya kepada tahap 15 peratus menjelang 2049.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM441,448.58
Ethereum (ETH) RM17,274.23
Tether (USDT) RM4.48
BNB (BNB) RM3,317.11
USDC (USDC) RM4.47
XRP (XRP) RM10.55
BUSD (BUSD) RM4.29
Cardano (ADA) RM5.36
Solana (SOL) RM1,045.03
Dogecoin (DOGE) RM1.92
Polkadot (DOT) RM48.59
Polygon (MATIC) RM3.20
Lido Staked Ether (STETH) RM17,250.71
Shiba Inu (SHIB) RM0.000137
Dai (DAI) RM4.47
TRON (TRX) RM1.49
Avalanche (AVAX) RM239.69