AirAsia buat pemotongan gaji | Harian Metro

KUMPULAN AirAsia akan melaksanakan beberapa langkah penjimatan kos bagi menghadapi kesan wabak Covid-19 termasuk pemotongan gaji.

Bagaimanapun, ia menegaskan tidak akan memberi kesan langsung atau kesan yang minimum kepada semua pekerjanya terutama daripada mereka yang berpendapatan rendah.

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Bo Lingam dalam kenyataan berkata, langkah pembendungan itu dibuat ekoran industri pengangkutan udara global terus berdepan ketidaktentuan susulan penularan Covid-19.

Katanya, langkah penjimatan kos yang diambil tidak akan mengenepikan kesinambungan perniagaan dengan keutamaan masih diberikan terhadap aspek keselamatan operasi penerbangan.

“Pengurusan kanan akan melihat perkara ini sehingga ia pulih kelak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain pemotongan gaji, Kumpulan turut mengambil langkah menghentikan latihan luar, menghentikan pemberian makanan percuma, mengenakan sekatan perjalanan selain membatalkan acara sosial.

Bo berkata, mereka yang menerima gaji tinggi di AirAsia bersetuju untuk membuat pemotongan gaji dan setakat ini tiada jumlah sebenar diletakkan.

Malah, penghentian makanan percuma hanya terpakai bagi pengurus bukan operasi dan jawatan lebih tinggi.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Source link

    koronavirus
    Comments (0)
    Add Comment