AirAsia terokai perbankan digital pertama di Asean [METROTV]

0

Kuala Lumpur: AirAsia Group Bhd berada di landasan tepat meneroka lebih banyak peluang dalam teknologi kewangan (fintech) termasuk menjadi bank digital Asean yang pertama.

Presiden (AirAsia Digital) AirAsia Group, Aireen Omar berkata, ketika ini kumpulan melalui cabang perniagaan fintechnya, BigPay sudah mendapatkan lesen bagi beberapa perkhidmatan fasa pertama seperti e-dompet, pengiriman wang dan pembayaran atas talian.

Beliau berkata, BigPay juga bakal menambah perkhidmatan terbaharunya dalam pemberian pembiayaan dalam masa terdekat sama ada sebelum akhir tahun ini atau awal 2021.

“AirAsia akan meneroka lebih banyak peluang dalam menjadi bank digital Asean. Ini adalah perancangan bagi segmen perniagaan bukan penerbangan kami.

“Selain di Malaysia, perkhidmatan sama juga sudah tersedia di Singapura. Kami juga ketika ini sedang dalam proses akhir mendapatkan lesen perkhidmatan di Thailand dan Filipina.

“Pengawal selia di Thailand dan Filipina agak proaktif dalam perkara ini dan kami menjangkakan ia dapat direalisasikan pada awal tahun hadapan,” ketikanya selepas taklimat media penjenamaan semula AirAsia Digital di sini, semalam.

KAMARUDIN (kiri), Tony Fernandes, dan Aireen pada taklimat media penjenamaan semula AirAsia Digital. FOTO Rohanis Shukri
KAMARUDIN (kiri), Tony Fernandes, dan Aireen pada taklimat media penjenamaan semula AirAsia Digital. FOTO Rohanis Shukri

Mengulas lanjut, ketika ditanya mengenai perkembangan permohonan lesen perbankan digital di Malaysia, Aireen berkata, pihaknya sudah mengemukakan maklum balas dan berjumpa dengan Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal tahun ini.

Perbincangan juga, katanya, sudah dijalankan namun proses itu terpaksa ditangguhkan sementara disebabkan pandemik Covid-19.

“Kami dimaklumkan, perkembangan lesen bank digital ini akan dilihat kembali pada tahun hadapan oleh BNM. AirAsia yakin dan berminat dengan perkara ini,” katanya.

Aireen berkata, AirAsia melalui AirAsia Digital dan BigPay juga akan mendapatkan lesen perbankan digital di negara ASEAN lain namun ia akan dilaksanakan berdasarkan keperluan dan peraturan di setiap negara itu.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM304,424.11
Ethereum (ETH) RM16,106.05
Tether (USDT) RM4.72
BNB (BNB) RM2,746.13
USDC (USDC) RM4.72
XRP (XRP) RM2.29
BUSD (BUSD) RM4.61
Cardano (ADA) RM1.76
Solana (SOL) RM638.89
Dogecoin (DOGE) RM0.564675
Polkadot (DOT) RM27.28
Polygon (MATIC) RM2.58
Lido Staked Ether (STETH) RM16,106.99
Shiba Inu (SHIB) RM0.000084
Dai (DAI) RM4.72
TRON (TRX) RM0.541845
Avalanche (AVAX) RM123.85