PETALING JAYA: Dua pemimpin negeri, Amirudin Shari dari Selangor dan Sanusi Nor dari Kedah, berjaya mempertahankan kerusi masing-masing, manakala Chow Kon Yeow juga dilihat bakal mengikut jejak langkah mereka.
Keputusan tak rasmi menunjukkan Amirudin, dari Pakatan Harapan dipilih semula di Sungai Tua dengan lebih 17,000 undi manakala Sanusi dari Pakatan Nasional mempertahankan Jeneri dengan lebih 16,000 undi.
Chow mendahului di Padang Kota dengan lebih 5,000 undi, meletakkan beliau di kedudukan baik untuk mempertahankan kerusi itu untuk penggal keempat.
Bekas menteri besar Selangor Azmin Ali dari PN juga dilihat membuat kemunculan semula selepas kalah pada PRU15 lalu dengan memenangi DUN Hulu Kelang.
Source link