Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata pihaknya akan menyiasat sama ada suspek memproses ketum di kuartersnya. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Seorang anggota polis dan enam warga asing ditahan di Cheras kerana disyaki memproses air ketum Isnin lalu.
Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata dua kertas siasatan dibuka di bawah Akta Racun dan Akta Imigresen.
“Reman untuk Akta Imigresen ialah 14 hari, manakala Akta Racun saya akan maklumkan kemudian,” katanya dalam sidang media di sini.
Ditanya jika suspek memproses ketum di kuartersnya, Hussein berkata perkara itu masih disiasat.
“Kami akan siasat sama ada tempat itu digunakan untuk memproses atau mengedar. Buat masa ini, saya tak dapat sahkan lagi.”
Source link