Anifah bangga, hormat keputusan PRN

0

Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Anifah Aman berkata calon parti itu perlu mengambil iktibar daripada pengalaman PRN sebagai pengajaran untuk bersedia berdepan cabaran pilihan raya pada masa depan. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Anifah Aman berkata walaupun kemenangan tidak berpihak kepada partinya namun beliau tetap berbangga dengan rakyat Sabah yang membuang undi semalam dan menghormati keputusan itu.

Anifah berkata, walaupun kalah dalam 73 kerusi yang ditandingi, beliau tetap gembira dengan sokongan rakyat.

“Anak-anak Sabah telah bersuara, dan suara itu kami terima dengan rasa rendah hati dan kami hormati. Namun, jangan lupa kita hanya sebuah parti yang sangat baru, tidak sampai 2 bulan. Kita masih mendapat sokongan dalam bentuk undi walaupun tidak menang.

“Nombor yang kecil, tetapi cukup untuk sebuah parti baru dalam perjuangan yang panjang. Cuba bayangkan kalau ada masa persediaan yang cukup, saya percaya PCS mampu meraih lebih sokongan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Bagaimanapun, saya sebagai presiden PCS berharap, walau apa pun terjadi, jangan berhenti daripada terus memperjuangkan hak anda sebagai anak Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anifah kalah kepada calon Warisan Daud Yusof dalam pertembungan 4 penjuru bagi kerusi DUN Bongawan dengan memperoleh 3,598 undi berbanding Daud yang mendapat 5,400 undi. Barisan Nasional dan LDP turut bertanding di kerusi itu.

Anifah berkata, calon PCS perlu mengambil iktibar daripada pengalaman PRN itu sebagai pengajaran untuk bersedia berdepan cabaran pilihan raya pada masa depan

“Pengalaman seperti ini sangat penting untuk kita menilai kekurangan dan kekuatan kita, dan percayalah, PCS akan terus bersama anda dalam perjuangan tersebut,” katanya.

Tekan sini untuk berita terkini PRN Sabah

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM315,718.69
Ethereum (ETH) RM16,572.72
Tether (USDT) RM4.71
BNB (BNB) RM2,851.45
USDC (USDC) RM4.72
XRP (XRP) RM2.26
BUSD (BUSD) RM4.63
Cardano (ADA) RM1.99
Solana (SOL) RM698.10
Dogecoin (DOGE) RM0.671909
Polkadot (DOT) RM30.14
Polygon (MATIC) RM2.88
Lido Staked Ether (STETH) RM16,570.97
Shiba Inu (SHIB) RM0.000101
Dai (DAI) RM4.71
TRON (TRX) RM0.546621
Avalanche (AVAX) RM149.07