Anwar tolak guna Mercedes dibeli JPM

0

Anwar Ibrahim melambai kepada petugas media ketika tiba di pekarangan Perdana Putra untuk memulakan tugas hari pertama sebagai perdana menteri pada 25 Nov lalu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menolak untuk menggunakan sebuah Mercedes-Benz S600 yang dibeli Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai kenderaan rasminya.
“Saya ingin memaklumkan bahawa semalam saya telah menolak untuk menggunakan sebuah kenderaan jenis Mercedes S600 yang telah dibeli dan diperoleh JPM sebelum saya memasuki pejabat,” katanya di Facebook.
Anwar berkata, langkah itu diambil kerana tidak mahu sebarang perbelanjaan baru dibuat ke atasnya.
“Sebaliknya, saya telah membuat keputusan untuk menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat untuk kegunaan harian,” katanya.

Pada Sabtu, Anwar yang ditemui selepas majlis kesyukuran di Masjid Ashabus Solihin, Sungai Long, Kajang, berkata tiada pembelian kereta rasmi baharu untuk kegunaannya dan sebarang ubah suai pejabatnya.
Beliau berkata, pembaziran akan dielakkan bawah pentadbirannya dan memaklumkan langkah itu sebagai mesej kepada ketua jabatan kerajaan yang lain untuk melakukan penjimatan.
Anwar sebelum ini mengumumkan beliau menolak gaji perdana menteri dan hanya akan menerima elaun Ahli Parlimen.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM262,199.61
Ethereum (ETH) RM10,207.38
Tether (USDT) RM4.22
BNB (BNB) RM2,378.91
USDC (USDC) RM4.22
XRP (XRP) RM2.25
BUSD (BUSD) RM4.21
Cardano (ADA) RM1.50
Solana (SOL) RM609.56
Dogecoin (DOGE) RM0.462034
Polkadot (DOT) RM17.68
Polygon (MATIC) RM1.61
Lido Staked Ether (STETH) RM10,204.56
Shiba Inu (SHIB) RM0.000075
Dai (DAI) RM4.22
TRON (TRX) RM0.653151
Avalanche (AVAX) RM109.92