Apa nak jadi… Warga Singapura langgar PKP serbu kedai ‘bubble tea’ kerana diarah tutup operasi

Perkongsian di Facebook menunjukkan ramai yang beratur sehingga lewat malam semata-mata mahu beli bubble tea.

Tak serik malah langsung tidak hiraukan kebimbangan penularan Covid-19 yang semakin serius!

Itulah sikap segelintir masyarakat Singapura yang sanggup beratur panjang mahu membeli bubble tea sehingga mengabaikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Semalam segelintir rakyat Singapura menyerbu kedai dan cawangan bubble tea di kawasan terdekat mereka serta sanggup beratur panjang demi bubble tea kegemaran mereka.

Difahamkan, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Singapura (MTI) mengumumkan kedai dan cawangan yang jual makanan ringan dan pencuci mulut seperti teh boba, jus buah, dan smoothies akan mula ditutup mulai hari ini.

Malah, penutupan tersebut mungkin akan dilakukan sehingga 1 Jun 2020.

Kedai-kedai tersebut tidak lagi dibenarkan beroperasi selepas jam 11.59 malam.

Berikutan itu, segelintir rakyat Singapura menyerbu kedai-kedai bubble tea semalam sebelum kedai tersebut ditutup sementara.

Perkara tersebut dikongsikan di Facebook dan menunjukkan ramai yang beratur sehingga lewat malam.

Untuk pengetahuan, Singapura juga sebenarnya sedang berusaha untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19 dan menjalani PKP yang hampir sama seperti di Malaysia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Source link

Comments (0)
Add Comment