Atas dasar prihatin terhadap mangsa banjir khususnya di bahagian Pantai Timur, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengumumkan pelan Bantuan Banjir untuk membantu pemilik yang terjejas bagi membaikpulih kenderaan mereka yang rosak akibat bencana alam tersebut.
Program ini ditawarkan di kesemua pusat servis bertauliah Volkswagen di seluruh negara dan VPCM memberikan diskaun sebanyak 30% untuk alat ganti tulen bagi kenderaan yang rosak akibat banjir dan tawaran ini sah sehingga 1 Mac 2025. Pemeriksaan percuma juga turut disediakan untuk menilai tahap kerosakan kenderaan akibat banjir dan mengesyorkan pembaikan yang diperlukan.
Kos baikpulih juga lebih berpatutan melalui pelan pembayaran mudah dengan faedah sifar peratus, membolehkan pemilik menyelesaikan bil pembaikan mereka dalam tempoh enam atau 12 bulan. Baucar sokongan bantuan banjir akan disediakan melalui aplikasi Volkswagen Cares, yang boleh dimuat turun menerusi Apple App Store atau Google Play Store.
Pelanggan digalakkan untuk berkunjung ke pusat servis Volkswagen bertauliah yang terdekat, menyemak aplikasi atau melayari laman web rasmi untuk maklumat lanjut atau menempah slot pemeriksaan.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.