Belanjawan 2024 manifestasi kerajaan kurangkan kos sara hidup, kata PM

0

Anwar Ibrahim berkata belanjawan kerajaan persekutuan bagi 2024 memberi penekanan terhadap pertumbuhan ekonomi yang mampan dan pro-rakyat, seiring hala tuju ekonomi baharu.

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2024 Malaysia Madani adalah manifestasi komitmen berterusan kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup dan meningkatkan peluang pekerjaan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata belanjawan bertemakan “Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat” itu juga menterjemahkan usaha kerajaan perpaduan bagi menyokong iklim pelaburan yang kondusif dalam suasana global kian berubah.

Perdana menteri berkata, belanjawan kerajaan persekutuan bagi 2024 itu juga memberi penekanan terhadap pertumbuhan ekonomi yang mampan dan pro-rakyat, seiring hala tuju ekonomi baharu.

“Belanjawan ini merupakan suatu pernyataan iltizam kerajaan perpaduan bagi memulihkan ekonomi dalam marcapada (dunia masa kini) yang serba mencabar.

“Inilah masanya kita perbetul keadaan dan memastikan setiap rakyat dapat mengecapi rasa bahagia dan hidup aman di negara ini tanpa sesekali merasa disisihkan,” katanya.

Dalam hantaran sama Anwar turut berkongsi beberapa infografik ringkasan intipati Belanjawan 2024.

Ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat semalam, Anwar mengumumkan peruntukan berjumlah RM393.8 bilion iaitu belanjawan tertinggi pernah dibentangkan, menggariskan tiga tumpuan iaitu tatakelola terbaik demi ketangkasan perkhidmatan, penstrukturan semula ekonomi bagi melonjak pertumbuhan dan peningkatan darjat hidup rakyat.

Beliau berkata, Belanjawan 2024 menyaksikan hasil negara bertambah berikutan penstrukturan semula ekonomi dan fiskal serta pelaksanaan reformasi percukaian dan subsidi bersasar akan dimanfaatkan sebaiknya untuk mengangkat darjat hidup rakyat.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM373,134.54
Ethereum (ETH) RM8,748.79
Tether (USDT) RM4.43
BNB (BNB) RM2,774.93
USDC (USDC) RM4.43
XRP (XRP) RM10.81
BUSD (BUSD) RM4.43
Cardano (ADA) RM3.19
Solana (SOL) RM566.65
Dogecoin (DOGE) RM0.750283
Polkadot (DOT) RM19.27
Polygon (MATIC) RM0.939125
Lido Staked Ether (STETH) RM8,743.17
Shiba Inu (SHIB) RM0.000057
Dai (DAI) RM4.43
TRON (TRX) RM1.04
Avalanche (AVAX) RM82.93