BANK Negara Malaysia (BNM) memantau dengan rapat situasi pasaran kewangan susulan perkembangan terkini dalam landskap politik negara.
Bank pusat itu dalam kenyataan berkata, meskipun pergerakan ringgit akan terus ditentukan pasaran, operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai mencukupi dan keadaan pasaran kewangan yang teratur.
Sementara itu, ringgit jatuh mendadak dengan melepasi paras RM4.20 berbanding satu dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan ketidaktentuan landskap politik tempatan.
Malah, indeks FBM KLCI ditutup rendah hari ini dengan jatuh 41.14 mata atau 2.69 peratus kepada 1,490.06 mata, paras terendahnya sejak Disember 2011.