Boikot KK Mart pengajaran jika sentuh isu 3R, kata Akmal

0

Dr Akmal Saleh berkata KK Mart harus mempertimbangkan untuk menceburi perniagaan lain kerana beliau akan terus mendesak untuk memboikot rangkaian itu.

KUALA LUMPUR: Tindakan boikot kedai serbaneka KK Mart bertujuan sebagai pengajaran kepada sesiapa yang menyentuh isu sensitif melibatkan 3R (kaum, agama dan institusi raja), kata Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh.

Akmal berkata, masyarakat Melayu-Islam sudah jemu dengan salah laku yang tidak berkesudahan membabitkan agama mereka, diikuti permohonan maaf yang tidak bermakna.

Beliau berkata, KK Mart harus mempertimbangkan untuk menceburi perniagaan lain kerana beliau akan terus mendesak untuk memboikot rangkaian itu, supaya ia “dirasai oleh setiap lapisan masyarakat Malaysia”.

“Boikot ini bukan sahaja (pengajaran) untuk KK Mart. Boikot ini adalah pengajaran kepada mana-mana pihak yang cuba memainkan isu sensitif iaitu 3R,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa Umno malam tadi.

“Melalui usaha boikot ini, kita berharap tidak akan ada lagi kejadian seperti ini. Sudah tentu boikot ini akan berterusan sehinggalah kita benar benar rasa ‘terubat’,” katanya.

Kontroversi itu timbul selepas gambar stoking tertera kalimah Allah di sebuah kedai KK Mart di Bandar Sunway tular di media sosial. Pengasas syarikat itu, KK Chai, mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka dan pembekalnya juga memohon maaf.

Bagaimanapun, minggu lalu Akmal berkata beliau akan terus menyeru KK Mart diboikot.

Walaupun dikritik MCA dan DAP berhubung pendiriannya mengenai perkara itu, Majlis Kerja Tertinggi Umno malam tadi berkata ia menyokong penuh usaha Akmal.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM262,199.61
Ethereum (ETH) RM10,207.38
Tether (USDT) RM4.22
BNB (BNB) RM2,378.91
USDC (USDC) RM4.22
XRP (XRP) RM2.25
BUSD (BUSD) RM4.21
Cardano (ADA) RM1.50
Solana (SOL) RM609.56
Dogecoin (DOGE) RM0.462034
Polkadot (DOT) RM17.68
Polygon (MATIC) RM1.61
Lido Staked Ether (STETH) RM10,204.56
Shiba Inu (SHIB) RM0.000075
Dai (DAI) RM4.22
TRON (TRX) RM0.653151
Avalanche (AVAX) RM109.92