Bukan masanya naikkan sewa rumah

0

PENDAPATAN pemilik premis sewaan dijangka terjejas berikutan peningkatan tinggi jumlah unit untuk disewa kesan penularan Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Speedhome, Wong Whei Meng berkata, untuk tempoh semasa bukanlah masa sesuai pemilik kediaman menaikkan kadar sewa.

Selain itu, katanya, beberapa bangunan lama atau kediaman yang tidak lengkap dengan perabot akan menghadapi tempoh kekosongan lebih lama.

“Pendapatan bulanan penyewa mungkin terkesan dan mereka akan lebih sensitif terhadap harga sewa rumah. Saya juga yakin ramai penyewa akan memilih untuk berpindah keluar sekiranya pemilik kediaman menaikkan kadar sewa,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Wong berkata, setiap industri di Malaysia terjejas akibat pandemik Covid-19 dan pihaknya mencadangkan pemilik sewaan kediaman untuk mengurangkan tempoh kekosongan rumah.

“Sekiranya rumah anda disewa dalam tempoh pengecualian faedah bank, pelanggan dengan mudahnya dapat membayar faedah itu.

“Oleh itu, kita mesti menggunakan kaedah objektif untuk menganalisis kemampuan penyewa membayar sewa dan tidak menilai pihak penyewa berdasarkan etnik dan bangsa. Ini dasar yang terbaik,” katanya.

Katanya, sejak krisis Covid-19, terdapat pelbagai perubahan ekonomi termasuk pasaran hartanah serta budaya kerja dari rumah menjadi pilihan utama sebilangan besar syarikat.

Penyewa juga mula mempunyai corak pemikiran yang berbeza dalam menjalani kehidupan masing-masing.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan, hanya syarikat pemula niaga dan syarikat milik warga asing yang melaksanakan dasar kerja dari rumah. Namun, selepas penularan wabak, budaya kerja dari rumah menjadi normal baharu.

“Saya menjangkakan rumah pinggir bandar seperti di Bangi, Setia Alam, dan Kajang akan menjadi lebih popular dan mungkin disukai lebih ramai pekerja pejabat,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM309,870.19
Ethereum (ETH) RM10,785.29
Tether (USDT) RM4.37
BNB (BNB) RM2,501.94
USDC (USDC) RM4.38
XRP (XRP) RM2.27
BUSD (BUSD) RM4.41
Cardano (ADA) RM1.48
Solana (SOL) RM745.86
Dogecoin (DOGE) RM0.781274
Polkadot (DOT) RM17.14
Polygon (MATIC) RM1.35
Lido Staked Ether (STETH) RM10,758.09
Shiba Inu (SHIB) RM0.00008
Dai (DAI) RM4.39
TRON (TRX) RM0.705109
Avalanche (AVAX) RM107.13