Buruh Filipina bunuh rakan dipenjara 33 tahun, 12 sebatan

0

Tertuduh, Albaris Alunyo Iran, 24, dijatuhi hukuman itu selepas mahkamah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mahkamah Tinggi Tawau hari ini menjatuhkan hukuman penjara 33 tahun dan 12 sebatan terhadap buruh warga Filipina, Albaris Alunyo Iran, 24, kerana membunuh rakannya di Semporna, tiga tahun lepas. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang buruh warga Filipina dijatuhi hukuman penjara 33 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Tawau hari ini selepas didapati bersalah membunuh rakannya berusia 16 tahun di Semporna, tiga tahun lepas.

Keputusan dibuat Hakim Lim Hock Leng terhadap tertuduh, Albaris Alunyo Iran, 24, selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Dalam penghakimannya, Lim berkata mangsa iaitu Hassan Dorol meninggal dunia akibat kecederaan yang sengaja dilakukan oleh tertuduh.

“Terdapat saksi yang melihat kejadian itu dan dia juga cedera di bahagian kepala selepas dipukul oleh tertuduh dengan sebatang tukul… kesalahan tertuduh boleh dilrumuskan daripada perlakuannya selepas serangan itu apabila dia melarikan diri dengan tukul dan sebilah parang sebelum diberkas oleh beberapa penduduk kampung,” katanya menurut Bernama.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Hassan di sebuah rumah di Kampung Kuala Benang, Semporna antara 10.30 pagi hingga 11 pagi, pada 26 Feb 2021.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, dalam kes ini mahkamah menggunakan budi bicara untuk tidak menjatuhkan hukuman mati.

“Dia masih muda dan ada kemungkinan boleh dipulihkan, mahkamah mengambil maklum bahawa kesalahan ini adalah serius dan kepentingan awam menuntut agar hukuman penjara yang setimpal melebihi tempoh minimum dijatuhkan memandangkan usia si mati yang masih muda,” kata Lim yang memerintahkan tertuduh dipenjara dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 26 Feb 2021.

Timbalan Pendakwa Raya Hurman Hussain dan Mohd Suhaimi Suriana mengendalikan pendakwaan manakala Albaris diwakili peguam Kusni Ambotuwo.

Seramai lapan saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan memberi keterangan pada perbicaraan yang berlangsung dari November hingga Disember tahun lepas.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM457,374.46
Ethereum (ETH) RM10,933.67
Tether (USDT) RM4.29
BNB (BNB) RM2,807.78
USDC (USDC) RM4.29
XRP (XRP) RM10.08
BUSD (BUSD) RM4.20
Cardano (ADA) RM3.26
Solana (SOL) RM725.01
Dogecoin (DOGE) RM0.97351
Polkadot (DOT) RM20.12
Polygon (MATIC) RM0.996643
Lido Staked Ether (STETH) RM10,905.34
Shiba Inu (SHIB) RM0.000063
Dai (DAI) RM4.29
TRON (TRX) RM1.16
Avalanche (AVAX) RM97.66