CEO TNB letak jawatan | Harian Metro

0

Kuala Lumpur: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tenaga Nasional Berhad, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan meletakkan jawatan berkuatkuasa 28 Februari 2021.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, TNB berkata, keputusan diambil Amir Hamzah itu adalah susulan beliau menerima pelantikan baharu oleh Kementerian Kewangan.

Firma utiliti itu berkata, Pemegang Saham Khas TNB, iaitu Menteri Kewangan (Diperbadankan) bersetuju melantik Datuk Ir Baharin Din sebagai Presiden dan CEO serta Pengarah Eksekutif Bukan Bebas TNB, bagi menggantikan Amir Hamzah, berkuatkuasa 1 Mac 2021.

Amir Hamzah turut akan melepaskan jawatan sebagai pengerusi dan ahli lembaga pengarah di dalam anak syarikat TNB.

Beliau mula menyertai TNB sebagai CEO pada 2 April 2019.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM424,089.26
Ethereum (ETH) RM11,990.19
Tether (USDT) RM4.43
BNB (BNB) RM2,906.86
USDC (USDC) RM4.43
XRP (XRP) RM11.31
BUSD (BUSD) RM4.40
Cardano (ADA) RM3.38
Solana (SOL) RM747.66
Dogecoin (DOGE) RM1.12
Polkadot (DOT) RM21.24
Polygon (MATIC) RM1.36
Lido Staked Ether (STETH) RM11,992.85
Shiba Inu (SHIB) RM0.000068
Dai (DAI) RM4.43
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM104.74