Curi kabel TM, 2 rakan didenda RM4,000

0

Rosdi Ahmad, 50, dan Muhammad Fakhrullah Hafiz Ahmad Hairoji, 25, mengaku bersalah mencuri empat kabel milik TM di Jalan 1, Taman Selayang Baru, Batu Caves pada 4.45 pagi, 1 Mei lalu. (Gambar Pexel)

KUALA LUMPUR: Dua rakan masing-masing didenda RM4,000 atau dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Selayang kerana mencuri empat kabel milik Telekom Malaysia Berhad (TM) membabitkan kerugian ribuan ringgit.

Majistret Chai Guan Hock menjatuhkan hukuman itu ke atas Rosdi Ahmad, 50, dan Muhammad Fakhrullah Hafiz Ahmad Hairoji, 25, selepas mereka mengaku melakukan kesalahan itu di tepi Jalan 1, Taman Selayang Baru, Batu Caves pada 4.45 pagi, 1 Mei lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kedua serta seterusnya, boleh dipenjara dan didenda atau sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nor Hakimi Mohamad Rosedin memohon hukuman setimpal mengambil kira faktor kepentingan awam selain kerugian yang dialami pihak TM.

Peguam Mohd Faiz Fahmy Abdul Razak dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan pula memohon hukuman ringan atas alasan kedua-dua tertuduh tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tiada rekod kesalahan lampau.

“Mereka mencuri kabel tersebut kerana memerlukan duit untuk menyara kehidupan namun mereka sudah insaf,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM442,606.74
Ethereum (ETH) RM10,872.64
Tether (USDT) RM4.29
BNB (BNB) RM2,798.59
USDC (USDC) RM4.29
XRP (XRP) RM10.43
BUSD (BUSD) RM4.19
Cardano (ADA) RM3.26
Solana (SOL) RM723.73
Dogecoin (DOGE) RM0.941047
Polkadot (DOT) RM20.46
Polygon (MATIC) RM1.01
Lido Staked Ether (STETH) RM10,841.84
Shiba Inu (SHIB) RM0.000063
Dai (DAI) RM4.29
TRON (TRX) RM1.17
Avalanche (AVAX) RM100.31