Dolla Lancar Single Terbaharu Yang Penuh Tenaga “MWA!”

Kumpulan pop sensasi Malaysia, DOLLA kembali dengan single baharu mereka bertajuk “MWA!”, sebuah lagu yang sarat dengan tenaga dan ekspresi kreatif yang segar. Lagu ini turut disertakan dengan video muzik dinamik yang menampilkan jenama kenderaan OMADA JAECOO sebagai penaja rasmi — menjadikan pelancaran ini sebagai permulaan fasa baharu yang dinanti-nantikan oleh peminat.

MWA! digubah oleh Chelsea Warner, GASTON, Roland Lim Shi Jie, Tabby, Sabronzo, dan Angel; serta diterbit dan disusun oleh GASTON dan Roland Lim.

Menurut Angel, “Kami sangat gembira kerana dapat bekerjasama semula dengan pasukan ini untuk produksi DOLLA. Sesi studio bersama Gaston sangat lancar, kami banyak bereksperimen dengan pelbagai bunyi dan struktur — proses kreatif yang sangat menyeronokkan.”

Angel turut memuji Chelsea Warner yang memberikan banyak idea segar untuk melodi utama. “Lebih istimewa, semua ahli DOLLA kali ini terlibat secara terperinci dalam pembentukan lagu ini — sesuatu yang baharu dan sangat bermakna bagi kami.”

Video muzik MWA! diarahkan oleh pengarah tempatan yang terkenal, Jasmine Wong. Dengan jalan cerita yang menampilkan setiap ahli DOLLA sebagai pakar ilusi, merancang misi mereka dan melaksanakan operasi yang mendebarkan. Menggabungkan elemen drama, aksi dan gaya fesyen yang berani, ia membawa naratif baharu untuk kumpulan ini.

“Sabronzo menjadi pemain kad, Tabby sebagai dalang utama, dan saya sebagai pejuang,” kongsi Angel. “Konsep kali ini lebih liar dan ‘unhinged’, sangat berbeza dengan apa yang pernah kami hasilkan sebelum ini.”

Salah satu elemen paling menarik dalam video ini adalah kehadiran kereta OMODA JAECOO. “Dari babak pertama hingga penutup, OMODA JAECOO sentiasa ada bersama kami,” ujar Tabby. “Kami sangat berterima kasih kepada OMODA JAECOO atas sokongan dan penajaan mereka — kerjasama ini amat serasi dan menaikkan nilai estetika video muzik.”

Sabronzo pula berkongsi, “Lagu ini tidak bermula dengan demo yang lengkap — hanya idea asas. Dari situlah kami bina lagu ini secara berperingkat. Hasil akhirnya sangat padu dan menggambarkan visi kami.”

Tambah Tabby, MWA! “hanyalah permulaan. Kami anggap tahun ini sebagai ‘tahun lagu DOLLA’ kerana banyak lagi lagu akan dilancarkan. Kami tak sabar untuk membawanya ke pentas dan berharap ia dapat menarik lebih ramai pendengar kerana lagu ini sangat segar dan berbeza.”

Dengan produksi yang padat, visual yang berani dan semangat baharu, MWA! menandakan permulaan era baharu buat DOLLA. Peminat boleh menjangkakan lebih banyak persembahan dan lagu baharu dalam masa terdekat.

MWA! akan berada di semua platform digital bermula 5 Mei 2025 dan muzik video juga akan ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi DOLLA.

Bukan itu sahaja, kemuncak bagi pelancaran MWA! ialah The MWA! Heist yang mengambil alih Bukit Bintang pada 10 Mei dengan satu aktivasi di Bukit Yayasan Selangor. Para peminat dijemput untuk menyertai pengalaman imersif di mana video muzik MWA! dihidupkan melalui pelbagai aktiviti menarik di lokasi — termasuk persembahan tarian rawak, pameran visual yang berani, dan persembahan MWA! pertama oleh DOLLA. Ia merupakan satu pengambilalihan eksperimental yang membawa muzik dan pergerakan ke jalanan.

Source link

Comments (0)
Add Comment