Duta Filipina akan dipanggil selepas tweet berkait Sabah, kata Hishammuddin

Hishammuddin Hussein berkata, Sabah masih dan akan sentiasa menjadi sebahagian daripada Malaysia.

PETALING JAYA: Kementerian Luar akan memanggil Duta Filipina ke Malaysia, Charles C Jose untuk menjelaskan tweet Setiausaha Setiausaha Hal Ehwal Luarnya, Teodoro Locsin Jr yang mendakwa “Sabah is not in Malaysia”.

“Ini kenyataan tidak bertanggungjawab yang menjejaskan hubungan dua hala,” tulis Menteri Luar, Hishammuddin Hussein di Twitternya malam tadi.

“Wisma Putra akan memanggil duta Filipina pada Isnin untuk menjelaskannya. Sabah masih dan akan sentiasa menjadi sebahagian daripada Malaysia.”

Pada Rabu, Kedutaan Amerika Syarikat di Manila menulis di Twitter yang sumbangan 500 kit kebersihan diri oleh agensi bantuan AS “untuk kegunaan rakyat Filipina dihantar pulang dari Sabah, Malaysia”.

Locsin membalasnya dengan menulis di Twitter Isnin lalu: “Sabah bukan sebahagian daripada Malaysia, jika anda mahu berurusan dengan Filipina”.

Locsin turut mengesahkan semula tuntutan Manila ke atas Sabah dalam satu taklimat bajet Jawatankuasa Peruntukan Filipina September tahun lalu dengan berkata, tuntutan 5 dekad itu dimulakan di bawah pentadbiran mendiang Presiden Diosdado Macapagal dan diteruskan Macapagal serta bapanya, Teodoro Locsin Sr.

Putrajaya dilaporkan berkata, ia tidak mengiktiraf dan tidak akan melayan sebarang tuntutan ke atas Sabah oleh mana-mana pihak.

Source link

Comments (0)
Add Comment