Ekonomi makin sihat | Harian Metro

0

Kuala Lumpur: Ekonomi negara dilihat meningkat secara beransur dan keluar dari keluk kejatuhan berikutan keyakinan dalam pasaran Malaysia tetap teguh terutama dari pelabur asing.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, beliau yakin langkah proaktif awal melalui Prihatin dan Penjana dengan menyalurkan bantuan kepada semua golongan rakyat dan perniagaan membantu Malaysia untuk keluar dari kemerosotan disebabkan Covid-19.

“Jika dilihat pada penanda ekonomi negara, kita sudah meningkat secara beransur dan keluar dari keluk kejatuhan.

“Walaupun seluruh dunia masih menghadapi cabaran kerana pandemik Covid-19, keyakinan di dalam pasaran Malaysia tetap teguh terutama dari pelabur asing berdasarkan pelaburan sebanyak RM23.1 bilion di dalam pasaran bon sehingga Ogos.

“Malah, ringgit juga muncul sebagai salah satu mata wang paling kukuh di Asia Tenggara dipacu oleh inisiatif secara berterusan kerajaan dalam menangani Covid-19,” katanya dalam laporan Laksana ke-22 pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), semalam.

Menurutnya, keyakinan pelabur juga dapat dilihat melalui pelancaran Bandar Malaysia baru-baru ini yang berpotensi membuahkan kesan pengganda kepada pelbagai sektor ekonomi negara, serta menarik bakat dari dalam dan luar negara.

“Bandar Malaysia adalah projek pembangunan bandar tunggal terbesar di Asia Tenggara dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM140 bilion.

“Selain itu, inisiatif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) juga menyasarkan ekonomi Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) meningkat sebanyak RM300 bilion menerusi inisiatif digariskan dalam Pelan Pembangunan Strategik (SDP) NCER 2021-2025 yang baharu dilancarkan.

“SDP ialah rangka kerja mantap dan strategik untuk merealisasikan gabungan potensi semasa di negeri-negeri NCER, iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak merangkumi projek strategik, pelaburan berimpak tinggi dan program modal insan untuk memenuhi keperluan semasa rakyat, perniagaan serta industri dalam usaha untuk mengurangkan jurang pembangunan antara bandar dengan luar bandar,” katanya.

Katanya, usaha pemulihan ekonomi yang terjejas akibat penularan Covid-19 akan dipertingkatkan melalui siri libat urus Belanjawan 2021 yang telah dan sedang giat dijalankan pasukan Kementerian Kewangan bagi mendapatkan maklum balas dan input daripada segenap lapisan rakyat.

“Maklum balas berkenaan seterusnya akan digunakan bagi merangka Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di Parlimen pada awal November ini.

“Siri jelajah Belanjawan 2021 di Sabah dan Sarawak baru-baru ini juga memberi penekanan kepada penyampaian perkhidmatan kerajaan termasuk penambahbaikan pelaksanaan dan saluran bantuan kepada rakyat supaya lebih cepat dan berkesan, selain penambahbaikan infrastruktur fizikal antara kawasan bandar dan pedalaman di kedua-dua negeri,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM316,369.70
Ethereum (ETH) RM16,593.43
Tether (USDT) RM4.71
BNB (BNB) RM2,868.43
USDC (USDC) RM4.72
XRP (XRP) RM2.26
BUSD (BUSD) RM4.68
Cardano (ADA) RM2.00
Solana (SOL) RM699.28
Dogecoin (DOGE) RM0.673933
Polkadot (DOT) RM30.33
Polygon (MATIC) RM2.88
Lido Staked Ether (STETH) RM16,589.75
Shiba Inu (SHIB) RM0.000102
Dai (DAI) RM4.71
TRON (TRX) RM0.546735
Avalanche (AVAX) RM150.58