Fahmi harap majlis media mampu tangani isu laporan berita

0

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, berkata pertubuhan media boleh menyelesaikan isu berkaitan wartawan sendiri dengan terbentuknya majlis media Malaysia.

PETALING JAYA: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berharap majlis media Malaysia dicadangkan mampu menangani dan mengurangkan isu berkait laporan berita tempatan.

Fahmi berkata, walaupun kerajaan melihat kebebasan media sebagai penting, namun masih ada aduan diterima berhubung laporan berita tertentu.

“Kerana itulah saya dan timbalan menteri (Teo Nie Ching) percaya, majlis media Malaysia akan menjadi jalan yang sangat baik untuk mengurangkan dan membincangkan serta menyelesaikan isu berkaitan industri media.

“Jadi, kita harap pada tahun depan, kita boleh bentang ke Parlimen dan meluluskan undang-undang supaya organisasi media boleh ada (majlis media Malaysia),” katanya kepada media selepas melancarkan Malaysia Digital Expo.

Beliau juga mengingatkan media kepentingan melaporkan fakta betul dan tidak semata fokus untuk menyegerakan berita diterbitkan dahulu.

Fahmi memetik contohnya portal berita popular menerbitkan laporan ahli politik pembangkang tertentu ditahan polis, namun ia disahkan tidak betul.

Terdahulu, Fahmi berkata, rang undang-undang majlis media Malaysia dijangka dibentang pada Oktober di Dewan Rakyat atau Mac depan.

Penubuhan majlis itu telah dicadangkan pada 2018 bagi mewakili pertubuhan media di negara ini memerangi berita palsu dan memastikan kesejahteraan petugas media.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM424,639.07
Ethereum (ETH) RM16,077.50
Tether (USDT) RM4.44
BNB (BNB) RM2,880.98
USDC (USDC) RM4.44
XRP (XRP) RM12.00
BUSD (BUSD) RM4.37
Cardano (ADA) RM5.69
Solana (SOL) RM995.10
Dogecoin (DOGE) RM1.85
Polkadot (DOT) RM44.45
Polygon (MATIC) RM2.95
Lido Staked Ether (STETH) RM16,070.07
Shiba Inu (SHIB) RM0.00013
Dai (DAI) RM4.44
TRON (TRX) RM0.988895
Avalanche (AVAX) RM227.81