Selepas 2 tahun pandemik seluruh dunia, Hausboom Music 2022 kini kembali. Festival muzik terbesar di Malaysia itu bakal membawakan pengalaman konsert bertaraf dunia khas buat penggemar muzik pelbagai genre seperti Rock, Ska, Reggae, Indie, dan Hip Hop dengan harga tiket yang mampu beli.
Menggabungkan artis lagenda dan baru terkemuka tanah air, Konsert Hausboom Music 2022 kali ini bakal berlangsung pada 1 Oktober 2022 di MAEPS Serdang (Malaysia Agro Exposition Park Serdang) mulai jam 1 petang hingga lewat malam.
Pada konsert Hausboom Music 2019, seramai 12,000 peminat muzik telah membanjiri MIECC bagi menyambut 10 barisan artis terkemuka dan menjadi bualan ramai selama seminggu kemudiannya.
Namun pada tahun ini, festival Hausboom Music 2022 akan mengumpulkan lebih dari 12 kumpulan muzik lokal serta artis terkemuka terdiri dari Hujan, Wings, Ruffedge, Joe Flizzow, Bunkface, Masdo, ForceParkBois, Chronicalz, Iqbal M., Budak Nakal Hujung Simpang, Kapow dan Banyak Bunyik Republik.
Sidang media serta pengumuman festival muzik HAUSBOOM Music 2022 berlansung semalam di The Finch , KL mengumpulkan barisan kumpulan muzik tempatan terkemuka seperti Wings, Hujan, Bunkface, Joe Flizzow serta ramai lagi
Menurut pengasas Hausboom, Encik Azri Zahier Azmi atau lebih dikenali dengan nama John Lemon, memberitahu, “Dengan hanya satu tiket, penonton diberikan pengalaman untuk menyaksikan lebih 11 barisan artis serta kumpulan muzik lokal terkenal, pada 1 Oktober nanti.
“Sebagai usaha untuk menghargai setiap sokongan yang kami terima daripada peminat muzik dan semangat pembeli-pembeli tiket, pihak Hausboom akan memastikan setiap yang hadir akan merasakan satu pengalaman konsert yang tidak akan dapat dilupakan.
“Saya rasa macam nak tambah lagi barisan artis sebab nak bagi yang terbaik buat penonton yang rindukan Hausboom Music, yang dah pernah sokong kami pada tahun 2019 dan disebabkan itu kami tambah, BUNKFACE sebagai ‘surprise lineup’!
Satu lagi berita gembira dari kami, tiket sudah mula dijual kepada mereka yang berusia 16 tahun dan ke atas,” jelas John Lemon.
Hausbooom Music 2022 turut menerima tajaan bersama dari NASTY Worldwide , Pasta Panas, Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC), Mamee, SVG, Hikari Riders, Ticket2U dan juga OH MOST WANTED.
Tiket-tiket telah mula dijual sejak 1 Ogos lalu dan beberapa kategori telah habis terjual. Antaranya adalah kategori General (Early Bird) dan VVIP. Tiket dengan kategori “General” dan “Rockzone” dengan harga RM 130 dan RM 180, masih lagi boleh dibeli di laman sesawang rasmi Ticket2u di www.ticket2u.com.my/hausboommusic
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang Hausboom di
atau di platform media sosial Facebook dan Instagram.
Facebook :
Instagram :