FMT nafi siar laporan palsu Siti Nurhaliza disaman BNM

0

Tangkap layar siaran artikel palsu menggunakan logo FMT yang tersebar di media sosial.

PETALING JAYA: Penerbit FMT menafikan menyiar artikel palsu mendakwa Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil tindakan undang-undang terhadap penyanyi Siti Nurhaliza.

Pengarah urusan FMT Media Sdn Bhd Azeem Abu Bakar baru-baru ini berkata, pihaknya mendapat maklum bahawa artikel palsu seolah-olah laporan FMT itu telah tersebar di media sosial.

Katanya, artikel palsu “Siti Nurhaliza is being sued by the Bank of Malaysia for comments she made on live broadcast” itu adalah suatu percubaan untuk memperdaya pembaca agar melabur di platform “Trade 100 Neupro”.

Artikel palsu seperti yang dilihat di Instagram dan platform media sosial lain itu memautkan pembaca kepada sebuah laman sesawang, live.newsmyrweekly2.com. Artikel berkenaan juga menggunakan kredit Bernama dan gambar-gambar daripada Astro Ulagam.

Azeem berkata, artikel itu secara palsu membawa jenama FMT.

“Kami ingin beri jaminan kepada pembaca FMT bahawa artikel ini dan platform Trade 100 Neupro sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan organisasi kami,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Azeem, FMT sedang berusaha untuk menangani isu ini dan telah melaporkannya kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

“Kami gesa pembaca FMT agar berwaspada dan berhati-hati apabila berinteraksi dengan platform dalam talian yang menggunakan nama kami, dan sentiasa mengesahkan kesahihan komunikasi kami,” katanya.

Beliau turut memohon maaf kepada pembaca atas sebarang kekeliruan atau kebimbangan yang timbul akibat artikel palsu itu.

Kejadian ini bukan kali pertama nama artis terkemuka itu dipetik dalam laporan palsu. Saluran berita lain juga sebelum ini dikaitkan dalam laporan palsu berhubung tindakan undang-undang BNM terhadap Siti Nurhaliza.

Pada 2018, sebuah artikel kononnya nukilan seorang individu dikenali sebagai “Jack Borcott” telah diterbitkan di sebuah laman sesawang berserta gambar penyanyi itu, menamakannya sebagai “Sita Nurhaliza”.

Artikel itu, yang mengandungi logo New Straits Times, mendakwa Siti Nurhaliza “disaman setelah menggunakan maklumat haram untuk menjana pendapatan bernilai berjuta-juta”.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM434,148.73
Ethereum (ETH) RM11,968.63
Tether (USDT) RM4.47
BNB (BNB) RM3,108.63
USDC (USDC) RM4.47
XRP (XRP) RM10.95
BUSD (BUSD) RM4.46
Cardano (ADA) RM3.53
Solana (SOL) RM868.53
Dogecoin (DOGE) RM1.17
Polkadot (DOT) RM23.56
Polygon (MATIC) RM1.44
Lido Staked Ether (STETH) RM11,959.69
Shiba Inu (SHIB) RM0.000074
Dai (DAI) RM4.47
TRON (TRX) RM1.09
Avalanche (AVAX) RM117.17