GOMBAK HULU LANGAT GEOPARK BERJAYA MENDAPAT STATUS GEOPARK KEBANGSAAN

GOMBAK HULU LANGAT GEOPARK BERJAYA MENDAPAT STATUS GEOPARK KEBANGSAAN | Assalammualaikum semua! Negeri Selangor buat pertama kalinya telah merangkul pengiktirafan sebagai penerima Geopark Kebangsaan yang pertama bagi Projek Gombak Hulu Langat geopark. 

Projek ini melibatkan 20 geotapak di daerah Gombak dan Hulu Langat dan keputusan pengiktirafan ini telah di maklumkan melalui satu mesyuarat jawatankuasa Geopark Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato’ Haji Rosli bin Isa, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA). 

GOMBAK HULU LANGAT GEOPARK BERJAYA MENDAPAT STATUS GEOPARK KEBANGSAAN

Projek Geopark Gombak-Hulu Langat (GHL) ini merangkumi 112,955 kilometer persegi yang mempunyai kepentingan geologi selain kewujudan kuarza terpanjang di Asia Tenggara, landskap pergunungan serta pembentukan beberapa lembangan daratan. 

Pengiktirafan Geopark Kebangsaan ini adalah yang ketujuh selepas Lembah Kinta dan Lenggong Geopark di Perak, Jerai Geopark di Kedah, Kinabalu Geopark di Sabah, Labuan Geopark di Labuan dan Sarawak Delta Geopark di Sarawak.

Menurut Tuan Azrul Shah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, sebagai agensi promosi pelancongan rasmi negeri Selangor, Tourism Selangor kekal giat mempromosikan Projek Geopark Gombak-Hulu Langat melalui pelbagai usaha. Antaranya adalah seperti kerjasama yang telah diadakan di World Travel Market, London bersama British Geology Survey dan National Geographic Traveller UK, hebahan di media sosial secara berterusan, serta hebahan awam di beberapa siri Jelajah Selangor Penyayang.

Pengiktirafan Geopark kepada Negeri Selangor merupakan satu pencapaian buat negara khususnya kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dalam memelihara kelestarian alam semula jadi serta pengurusan mampan bagi kawasan yang memiliki nilai geotapak. 

Ini selaras dengan matlamat Agenda Pembangunan Nasional dan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Y.Bhg. Dato’ Haji Rosli bin Isa, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dalam satu kenyataan berkata, Kementerian yakin bahawa kerjasama erat dapat memastikan Geopark diurus dengan baik dan mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama di kawasan yang mempunyai kepentingan geologi bagi tujuan penyelidikan saintifik, pendidikan, penjanaan ekonomi penduduk setempat dan pembangunan mampan.

Pelancongan geo di geotapak merupakan salah satu segmentasi pelancongan yang difokuskan di negeri Selangor bagi tahun 2023, di mana para pelancong berpeluang melawati sesuatu kawasan Geotapak bagi menikmati warisan geologi kebangsaan, budaya dan cara hidup geo-komuniti setempat. 

Gombak-Hulu Langat Geopark Selangor (GHL Geopark Selangor) merupakan rangkuman 20 geotapak yang dikenalpasti berpotensi serta mempunyai kepentingan geologi adalah aset negara yang sangat bernilai khususnya kepada Negeri Selangor. Ia melibatkan kawasan seluas 112,955 hektar ini terletak di 2 daerah iaitu daerah Gombak (13 geotapak) dan Hulu Langat (7 geotapak).

GHL Geopark Selangor telah mendapat persetujuan Kerajaan Negeri Selangor melalui Mesyuarat Exco MTES, 15 Oktober 2020 untuk dicalonkan sebagai Geopark pertama di Negeri Selangor yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan seterusnya di peringkat dunia (UNESCO).

 

SENARAI 20 GEOTAPAK

G30 Bekas Lombong Batu Arang

G29 Bekas Lombong Tasik Biru, Kundang

G28 Gua Batu Caves

G26 Air Terjun Sungai Kanching

G4 Batu Kapur Kuala Lumpur Bt. Takun

G10 Kompleks Volkano Sempah

G18 Mata Air Panas Selayang

G13 Rijang Gombak Karak Highway

G9 Fosil Pliestosen Akhir Bt. Caves

G23 Permatang Kuarza Gombak

G25 Puncak Granit Gunung Nuang

G6 Syis Selut Karak

G22 Porfirit Hulu Langat Sungai Gabai

G16 Kompleks Mata Air Panas Dusun Tua

G31 Telaga Air Panas Artesian, Kampung Jawa

G21 Granit Semenyih Jln Empangan

G27 Air Terjun Sungai Tekala

G17 Mata Air Panas Sungai Lalang

G11 Olistostrom Tericih Genting Sempah

G19 Granit Kuala Lumpur

Ini selaras dengan kempen pelancongan negeri Selangor, Splendid Selangor, Take Me Anywhere yang memfokuskan kepada pasaran antarabangsa. 

Source link

Comments (0)
Add Comment