Grab ubah tambang bantu pemandu, penumpang ‘tak terkesan’

0


Perubahan tambang dibuat selepas pemandu mengadu jumlah diterima tidak mencukupi memandangkan masa dihabiskan dalam kesesakan lalu lintas. (Gambar Reuters)

PETALING JAYA: Syarikat e-panggilan Grab telah mengubah kadar tambangnya bagi memberikan pemandunya bayaran lebih berbaloi ketika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, namun menegaskan penumpang tidak akan terkesan banyak akibatnya.

Pelanggan malah akan membayar kadar sama seperti sebelumnya, atau mungkin sedikit peningkatan atau kekurangan.

Menurut Grab, kadar tambang disemak semula untuk memberikan bayaran lebih berbaloi bagi masa diambil untuk melengkapkan perjalanan, dan kurang bagi jarak perjalanan. Ini susulan aduan daripada golongan pemandu bahawa mereka tidak mendapat bayaran cukup berbaloi bagi masa dihabiskan dalam kesesakan lalu lintas.

Kadar tambang seminit dinaikkan daripada 20 sen kepada 43 sen, manakala tambang sekilometer dikurangkan daripada 70 sen kepada 25 sen. Kadar baharu itu berkuat kuasa hari ini.

Grab turut memperkenalkan bonus “pengambilan jarak jauh” dan bayaran mengikut jam untuk memastikan bayaran lebih baik kepada pemandunya pada waktu puncak (7 pagi-9 pagi; 5 petang-8 malam).

Pada April lalu, pengguna Grab mengadu dikenakan bayaran dua hingga empat kali ganda untuk satu perjalanan.

Menteri pengangkutan ketika itu, Wee K Siong berkata, lonjakan harga akibat kekurangan pemandu, peningkatan permintaan, dan kesesakan lalu lintas lebih teruk selepas sekatan pergerakan Covid-19 dilonggarkan.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM319,425.27
Ethereum (ETH) RM16,542.70
Tether (USDT) RM4.72
BNB (BNB) RM2,867.19
USDC (USDC) RM4.72
XRP (XRP) RM2.29
BUSD (BUSD) RM4.63
Cardano (ADA) RM2.03
Solana (SOL) RM717.18
Dogecoin (DOGE) RM0.678693
Polkadot (DOT) RM30.72
Polygon (MATIC) RM2.97
Lido Staked Ether (STETH) RM16,532.51
Shiba Inu (SHIB) RM0.000103
Dai (DAI) RM4.72
TRON (TRX) RM0.548425
Avalanche (AVAX) RM152.82