Harga sawit kembali stabil | Harian Metro

0

PENINGKATAN harga minyak sawit di pasaran bukan saja melegakan puluhan ribu pekebun kecil, tetapi turut menguntungkan penggiat industri komoditi ini di Malaysia yang terkesan sejak beberapa bulan lalu.

Pengerusi, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, peningkatan harga ini adalah rentetan hubungan diplomatik Malaysia – India yang semakin baik di bawah pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Perikatan Nasional yang mengambil alih tampuk kuasa sejak Mac 2020.

“Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka mencecah RM2,300 hingga RM2,400 satu tan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Saya berharap harga sawit ini akan terus melambung tinggi supaya dapat dimanfaatkan terutama kepada pekebun-pekebun sawit di Malaysia bagi membantu menampung perbelanjaan keluarga ketika negara dilanda pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan, baru-baru ini.

Menurutnya, perkembangan ini menjadi berita gembira MPOB dan kerajaan kerana komoditi sawit menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.76 peratus yang berjumlah RM64.84 bilion.

“Pekebun-pekebun dan penggiat industri boleh menarik nafas lega dan kami berharap agar harga ini terus stabil dan meningkat kepada momentum yang lebih memberangsangkan.

“Terima kasih kepada kerajaan India kerana tidak melanjutkan sekatan import terhadap minyak sawit ditapis yang membantu meningkatkan eksport Malaysia ke negara berkenaan,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM296,152.78
Ethereum (ETH) RM10,595.61
Tether (USDT) RM4.38
BNB (BNB) RM2,410.71
USDC (USDC) RM4.37
XRP (XRP) RM2.22
BUSD (BUSD) RM4.36
Cardano (ADA) RM1.42
Solana (SOL) RM702.18
Dogecoin (DOGE) RM0.685112
Polkadot (DOT) RM16.51
Polygon (MATIC) RM1.28
Lido Staked Ether (STETH) RM10,591.23
Shiba Inu (SHIB) RM0.000074
Dai (DAI) RM4.37
TRON (TRX) RM0.715547
Avalanche (AVAX) RM100.44