Henti jual produk berlabel antiminyak sawit, kata kementerian

Ribuan pemeriksaan telah dijalankan pihak berkuasa di seluruh negara sejak 15 Mac 2022 dan kementerian mendapati masih ada premis menjual produk berlabel diskriminasi terhadap minyak sawit. (Gambar fail)
PETALING JAYA: Masih ada premis terus mempamerkan produk bersama label bersifat diskriminasi terhadap minyak sawit (DLAPO) walaupun ia melanggar peraturan.
Kementerian Perladangan dan Komoditi dalam kenyataan, menyeru premis mengeluarkan produk seumpama itu dari rak jualan secara sukarela.
Katanya, ia bertentangan Peraturan-peraturan Perihal Dagangan (Larangan Penggunaan Pernyataan, Ungkapan atau Petunjuk) (Keluaran Kelapa Sawit dan Barang-Barang Minyak Sawit) 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, berkuat kuasa 15 Mac 2022.
Kementerian berkata, sebarang aktiviti penampalan label DLAPO tidak akan lagi diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
“Tindakan tegas mengikut peraturan semasa yang berkuat kuasa bakal diambil terhadap mana-mana pihak yang disabitkan kesalahan di sepanjang rantaian bekalan produk.
“KPK akan sentiasa memberikan sokongan padu dan kerjasama berterusan dengan pihak KPDN dalam usaha membanteras isu pelabelan yang bersifat diskriminasi terhadap minyak sawit,” katanya.
Katanya, ribuan pemeriksaan telah dijalankan pihak KPDN di seluruh negara bermula 15 Mac 2022 dan kementerian mendapati masih ada premis menjual produk berlabel DLAPO.
“Sepatutnya tempoh dua tahun sebagai tempoh penangguhan cukup untuk pihak yang terlibat mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Source link

DLAPOkpdnkpklabelminyak sawitproduk
Comments (0)
Add Comment