Himpunan LGBT, 8 pengikut ‘Ahmadi’ ditahan

0

Ketua Polis Kuala Lumpur Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya menyerahkan kepada Jawi untuk menjalankan tindakan lanjut. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Lapan individu pengikut ajaran “The Ahmadi Religion of Peace and Light” ditahan kerana terlibat perhimpunan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) berhadapan pusat beli-belah di ibu negara, Sabtu lalu.

Semua suspek adalah warga tempatan berusia 18 hingga 56 tahun.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata pihaknya mengesan satu perhimpunan tidak mematuhi peruntukan undang-undang kira-kira 5 petang.

Katanya, apabila polis sampai di tempat kejadian, kumpulan itu melaungkan perkataan “Down down Syariah Court” dan “Only God can judge” sambil menyatakan hak LGBT di Malaysia disekat.

“Salah seorang suspek yang ditahan pernah ditangkap awal bulan di Masjid Putrajaya kerana mengedarkan risalah berkaitan ajaran agama itu.

“Semua lapan individu tersebut direman selama satu hari semalam bagi siasatan bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya dalam sidang media di IPK Kuala Lumpur, menurut Kosmo.

Beliau berkata, seramai 11 saksi turut diambil keterangan dan kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya bagi arahan lanjut.

Dalam pada itu, Shuhaily berkata, pihaknya menyerahkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk menjalankan tindakan selanjutnya.

“Polis tidak ada kuasa untuk melakukan siasatan dari segi agama. Jadi, biarlah Jawi menjalankan tugas dengan mendalam terhadap kumpulan ini,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM373,220.20
Ethereum (ETH) RM8,844.01
Tether (USDT) RM4.42
BNB (BNB) RM2,798.16
USDC (USDC) RM4.42
XRP (XRP) RM10.67
BUSD (BUSD) RM4.42
Cardano (ADA) RM3.16
Solana (SOL) RM577.79
Dogecoin (DOGE) RM0.750291
Polkadot (DOT) RM19.91
Polygon (MATIC) RM0.941862
Lido Staked Ether (STETH) RM8,842.77
Shiba Inu (SHIB) RM0.000056
Dai (DAI) RM4.43
TRON (TRX) RM1.04
Avalanche (AVAX) RM86.52