HLB lancar kempen Tahun Baharu Cina

0

Kuala Lumpur: Hong Leong Bank (HLB) melancarkan kempen Renew Together, Prosper Together sempena Tahun Baharu Cina (TBC) dengan menawarkan kadar faedah menarik dan peluang simpanan baharu yang lumayan iaitu e-angpow melalui DuitNow.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, Domenic Fuda berkata, pihaknya akan terus melayani dan menyokong pelanggan melalui rancangan bantuan pembayaran HLB serta meningkatkan komuniti di sekitarnya dengan menawarkan produk dan perkhidmatan relevan.

“Lebih penting lagi, kami juga akan terus menyokong pelanggan perseorangan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat yang berusaha untuk memperkukuh dan membuktikan masa depan kewangan dan perniagaan mereka.

“Kami juga akan meningkatkan usaha kami di bidang perbankan digital untuk memastikan bahawa pelanggan dapat mengakses perkhidmatan perbankan HLB dengan lancar melalui pengalaman servis digital dan perjalanan yang berterusan,” katanya kepada media pada Majlis Pelancaran Kempen TBC HLB 2021 secara maya di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Urusan Perkhidmatan Kewangan Peribadi HLB, Charles Sik.

Sepanjang kempen berlangsung Februari ini, HLB turut menawarkan pelanggan yang menyimpan deposit tetap secara dalam talian dari 11 hingga 26 Februari 2021 dapat menikmati kadar faedah 2.40 peratus selama enam bulan.

Manakala, pelanggan yang membuat pinjaman peribadi dalam talian boleh menikmati kadar faedah rata 5.0 peratus setiap tahun.

Selain itu, sempena TBC pelanggan yang melakukan transaksi e-angpow melalui Duitnow juga berpeluang merebut lebih RM150,000 wang tunai di mana 1,050 pemenang akan mendapat wang harian bernilai RM88 dan 75 pemenang hadiah utama menerima sebanyak RM888.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM270,897.37
Ethereum (ETH) RM10,619.29
Tether (USDT) RM4.29
BNB (BNB) RM2,472.95
USDC (USDC) RM4.29
XRP (XRP) RM2.31
BUSD (BUSD) RM4.26
Cardano (ADA) RM1.52
Solana (SOL) RM628.81
Dogecoin (DOGE) RM0.478262
Polkadot (DOT) RM18.05
Polygon (MATIC) RM1.59
Lido Staked Ether (STETH) RM10,614.75
Shiba Inu (SHIB) RM0.000077
Dai (DAI) RM4.29
TRON (TRX) RM0.696372
Avalanche (AVAX) RM122.24