Imran Khan umum parti berundur dari dewan undangan, desak pilihan raya baharu

0

Bekas perdana menteri Pakistan, Imran Khan, membuat kemunculan pertama sejak terselamat daripada cubaan membunuh, pada 3 Nov.
NEW DELHI: Bekas perdana menteri Pakistan, Imran Khan berkata parti pimpinannya akan berundur daripada semua dewan undangan untuk meneruskan kempennya bagi mendesak pilihan raya awal diadakan.
Berucap pada satu perhimpunan besar-besaran di bandar Rawalpindi, pada Sabtu, Imran berkata, beliau memutuskan untuk membuat perubahan berhubung perarakan yang dirancang di Islamabad kerana bimbang akan berlaku lagi rusuhan.
Keputusan telah diambil untuk tidak memasuki Islamabad kerana ini boleh mewujudkan keadaan anarki dan telah memilih laluan lain bagi meneruskan kempen “Haqeeqi Azadi” (kebebasan sebenar), katanya.
Kemunculan Imran di perhimpunan awam itu yang pertama sejak beliau terselamat daripada cubaan membunuh pada 3 Nov.

Dalam ucapannya selama lebih sejam, pemimpin Tehreek-e-Insaf (PTI) Pakistan itu kelihatan bersemangat walaupun kecederaan pada kaki kanannya akibat ditembak masih belum pulih sepenuhnya.
Beliau berkata, kecederaan pada kakinya mungkin mengambil masa tiga bulan untuk sembuh.
Bekas perdana menteri itu menegaskan kerajaan persekutuan yang dibentuk pada April berikutan penggulingannya dalam undi tidak percaya Parlimen tidak mempunyai mandat sepenuhnya untuk memerintah.
Dalam tempoh tujuh bulan Imran telah mengadakan lebih 60 perhimpunan besar-besaran.

Beliau menyalahkan penggulingannya atas konspirasi perubahan rejim yang disokong pihak asing, membantah rasuah dan salah guna kuasa dan menyifatkan kejayaan kerajaannya dalam bidang ekonomi dan pengendalian pandemik Covid-19.
“Kami juga telah memutuskan untuk tidak menjadi sebahagian daripada sistem rasuah ini,” kata Imran, sambil menambah beliau akan bertemu ketua menteri wilayah pimpinan PTI dan parti parlimen bagi mengadakan perbincangan untuk berundur daripada semua dewan undangan,” katanya.
Partinya mempunyai empat kerajaan wilayah termasuk di Khyber Pakhtunkhwa dan Punjab yang menempatkan lebih separuh daripada 220 juta penduduk Pakistan.
Anggota PTI meletak jawatan beramai-ramai daripada parlimen persekutuan selepas kerajaan parti itu tumbang tujuh bulan lalu.
Dengan meninggalkan dewan undangan akan mewujudkan lebih tekanan supaya pilihan raya baharu diadakan di seluruh negara.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM314,907.28
Ethereum (ETH) RM16,478.60
Tether (USDT) RM4.71
BNB (BNB) RM2,837.53
USDC (USDC) RM4.72
XRP (XRP) RM2.26
BUSD (BUSD) RM4.62
Cardano (ADA) RM1.99
Solana (SOL) RM696.92
Dogecoin (DOGE) RM0.668838
Polkadot (DOT) RM30.00
Polygon (MATIC) RM2.86
Lido Staked Ether (STETH) RM16,477.24
Shiba Inu (SHIB) RM0.0001
Dai (DAI) RM4.71
TRON (TRX) RM0.546711
Avalanche (AVAX) RM146.95