India pastikan laluan laut selamat selepas serangan di Laut Merah

0

Kerajaan India memandang serius serangan ke atas kapal MV Chem Pluto dan MV Sai Baba baru-baru ini. (fleetmon.com pic)

NEW DELHI: India akan berusaha menjadikan laluan laut selamat dan terjamin untuk kapal dagang di wilayah itu selepas serangan oleh angkatan bersenjata Yaman ke atas beberapa kapal di kawasan Laut Merah.

Kerajaan India memandang serius serangan ke atas kapal MV Chem Pluto dan MV Sai Baba baru-baru ini, kata Menteri Pertahanan India, Rajnath Singh dalam ucapan di Mumbai pada pentauliahan kapal pemusnah peluru berpandu tentera laut, Imphal.

“Kuasa ekonomi dan strategik India yang semakin meningkat mewujudkan perasaan cemburu dan kebencian beberapa negara.”

Beliau berkata, India memainkan peranan sebagai “penyedia keselamatan utama di seluruh Lautan Hindi” dan akan memastikan perdagangan maritim mencapai tahap lebih tinggi.

“Untuk ini, bersama-sama negara sahabat, kami akan memastikan laluan laut yang selamat,” kata Singh.

Tentera laut meningkatkan pengawasan maritimnya berikutan peningkatan ancaman terhadap perkapalan komersial di Laut Merah dan wilayah lebih luas.

Ketua Tentera Laut India, R Hari Kumar berkata India menugaskan empat kapal pemusnah peluru berpandu untuk menangani serangan ke atas kapal dagang.

Mereka turut menggunakan pesawat peronda dan peninjau P-8I, pesawat Dornier dan helikopter untuk menangani ancaman.

Tentera Yaman yang disokong Iran memberi amaran akan menyerang semua kapal milik atau berkepentingan Israel yang berlayar di Laut Merah.

Kapal tangki Chem Pluto yang berbendera Liberia dilanggar sebuah kenderaan udara tanpa pemandu di Laut Arab, luar pantai barat India Sabtu lalu.

Kapal itu yang mengalami kerosakan kecil dalam serangan itu, tiba di pelabuhan Mumbai semalam.

Kapal tangki minyak mentah komersial berbendera Gabon, Sai Baba dilaporkan dalam perjalanan ke India bersama 25 anak kapal India, selamat dalam serangan dron di selatan Laut Merah Sabtu lalu.

“Angkatan bersenjata Yaman mengesahkan kami akan terus menghalang semua kapal menuju ke pelabuhan Israel melalui Laut Merah dan Laut Arab, tanpa mengira asal negara mereka, melainkan lebih banyak makanan dan ubat-ubatan dibenarkan masuk ke Semenanjung Gaza,” menurut jurucakap tentera Yaman, Yahya Saree minggu lalu.

Amerika Syarikat dan sekutunya melancarkan pakatan tentera laut dinamakan “Operation Prosperity Guardian” pada 19 Dis lalu untuk menghalang ancaman tentera Yaman.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM288,413.50
Ethereum (ETH) RM15,597.42
Tether (USDT) RM4.71
BNB (BNB) RM2,656.50
USDC (USDC) RM4.72
XRP (XRP) RM2.26
BUSD (BUSD) RM4.71
Cardano (ADA) RM1.76
Solana (SOL) RM599.12
Dogecoin (DOGE) RM0.55715
Polkadot (DOT) RM26.53
Polygon (MATIC) RM2.61
Lido Staked Ether (STETH) RM15,583.38
Shiba Inu (SHIB) RM0.000079
Dai (DAI) RM4.71
TRON (TRX) RM0.563409
Avalanche (AVAX) RM116.22