Indonesia sedia beri subsidi untuk motosikal elektrik tahun depan, rancakkan peralihan daripada ICE

Demi merancakkan lagi peralihan daripada jentera enjin pembakaran dalaman kepada elektrik, Indonesia sedia memberi subsidi khas untuk motosikal elektrik pada tahun depan. Perkara ini diberitahu oleh Menteri Koordinator Maritim dan Pelaburan Indonesia, Luhut Pandjaitan kepada Reuters.

“Kalau anda mahu tukar motosikal anda kepada elektrik tahun depan, teruskan. Anda akan dapat subsidi,” kata beliau. Turut diberitahu adalah skim subsidi berjumlah sekitar 6.5 juta Rupiah (RM1,833) bagi setiap pembelian motosikal elektrik sedang dimuktamadkan.

Bagi kenderaan lain pula, pengecualian cukai sememangnya sudah diberi kepada kereta EV dan dan hibrid, sejak tahun 2019, tetapi Luhut turut menambah bahawa skim subsidi sama juga sedang dipertimbangkan untuk kereta, tetapi berapa jumlahnya masih belum diberitahu.



Source link

Comments (0)
Add Comment