‘Insya-Allah minggu ini’, kata Zaliha berkait keputusan pengampunan Najib

‘Insya-Allah minggu ini’, kata Zaliha berkait keputusan pengampunan Najib

Sebelum ini timbul khabar angin bahawa Najib akan diberikan pengampunan susulan laporan bahawa Lembaga Pengampunan di Wilayah Persekutuan bermesyuarat di Istana Negara pada Isnin.

PUTRAJAYA : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata status permohonan pengampunan diraja Najib Razak ‘mungkin’ akan diumumkan minggu ini.

“Insyallah ..(minggu ini),” katanya kepada pemberita di satu acara, di sini, hari ini.

“Insyallah. Kita tunggu..(kenyataan daripada Lembaga Pengampunan).”

Sebelum ini timbul khabar angin bahawa Najib akan diberikan pengampunan susulan laporan bahawa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat di Istana Negara pada Isnin.

Zaliha, yang menganggotai lembaga itu, sebelum ini mengesahkan bahawa satu mesyuarat telah diadakan tetapi tidak mendedahkan jika permohonan Najib dibincangkan

BERITA LANJUT MENYUSUL

Source link

Dr Zaliha Mustafanajib razakpengampunan diraja
Comments (0)
Add Comment