Isu logo kasut: SKMM beri amaran jangan cetus ketegangan kaum

0

Logo kasut mirip kalimah Allah didakwa keluaran syarikat tempatan mengundang kontroversi selepas tular di media sosial. (Gambar X)
PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengingatkan orang ramai tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan kandungan media sosial yang menyentuh sensitiviti isu kaum, agama dan raja (3R) susulan isu logo kasut mirip kalimah Allah.
Dalam satu kenyataan, SKMM menegaskan ia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sekiranya ada pihak cuba mengambil kesempatan terhadap isu tersebut.
“Ini termasuk termasuk membuat hantaran dan komen yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.
“Orang ramai diingatkan agar tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan kandungan media sosial yang menyentuh sensitiviti 3R sebaliknya laporkan kepada SKMM di pautan dan polis untuk tindakan selanjutnya.
“Semua pihak perlu memberikan ruang kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan berhubung dakwaan ini,” katanya dalam kenyataan.
SKMM turut menggesa mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat di media sosial berhubung isu itu untuk terus melaporkannya kepada pihak berkuasa termasuk polis.
Terdahulu, isu itu tular selepas seorang lelaki mendakwa di media sosial bahawa sepasang kasut keluaran Vern’s yang dibeli buat isterinya mempunyai logo seakan-akan kalimah Allah di tapaknya.
Ia turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Na’im Mokhtar yang memaklumkan bahawa Jakim sudah diarahkan memanggil pihak berkaitan bagi mendapatkan penjelasan lanjut.
Pengurusan Vern’s kemudiannya tampil dengan permohonan maaf berhubung isu lakaran logo di tapak kasut keluarannya.
Menurut syarikat itu, logo tersebut diilhamkan berdasarkan bayangan garisan tali yang bersambung dengan sebuah kasut tumit tinggi.
Manakala Ketua Polis Negara Razarudin Husain pula berkata pihak polis menerima lapan laporan di seluruh negara berkaitan isu tersebut.
Beliau berkata satu kertas siasatan dibuka bagi menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM424,089.26
Ethereum (ETH) RM11,990.19
Tether (USDT) RM4.43
BNB (BNB) RM2,906.86
USDC (USDC) RM4.43
XRP (XRP) RM11.31
BUSD (BUSD) RM4.40
Cardano (ADA) RM3.38
Solana (SOL) RM747.66
Dogecoin (DOGE) RM1.12
Polkadot (DOT) RM21.24
Polygon (MATIC) RM1.36
Lido Staked Ether (STETH) RM11,992.85
Shiba Inu (SHIB) RM0.000068
Dai (DAI) RM4.43
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM104.74