Jamu pelajar MRSM telur ‘rosak’, Asyraf beri amaran tamat perkhidmatan kontraktor makanan

0

Pengerusi Mara itu berkata, jika didapati kejadian itu benar-benar berlaku, pihaknya tidak akan berkompromi.

Pengerusi Mara Asyraf Wajdi Dusuki telah meminta laporan penuh daripada pihak pengurusan Mara berhubung kejadian pelajar MRSM dijamu telur ‘rosak’ itu.

PETALING JAYA: Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mengambil tindakan tegas termasuk menamatkan perkhidmatan kontraktor penyedia makanan susulan tular hantaran di media sosial tentang pelajar di MRSM dihidangkan makanan yang tidak elok.

Pengerusinya, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau telah meminta laporan penuh daripada pihak pengurusan Mara berhubung kejadian tersebut.

“Walaupun saya berada di luar negara, saya sudah mengarahkan timbalan ketua pengarah pendidikan Mara untuk segera siasat,” katanya di Facebook lewat malam tadi.

“Jika didapati kecuaian ini benar-benar berlaku, Mara pastinya akan ambil tindakan tegas termasuklah menamatkan kontrak sebagaimana perjanjian dan peraturan yang ditentukan.”

Asyraf menambah, pihaknya tidak akan berkompromi dengan “mana-mana kontraktor dewan selera yang ambil mudah dan enteng dalam isu penyediaan makanan pelajar”.

Terdahulu tular dakwaan di media sosial bahawa pelajar-pelajar di sebuah MRSM di Negeri Sembilan dihidangkan telur busuk yang direbus sehingga menyebabkan mereka mengalami keracunan makanan.

Menurut pengguna Facebook yang membuat hantaran mengenai perkara tersebut, kejadian memberikan makanan tidak elok kepada pelajar di MRSM itu bukan pertama kali berlaku.

“Ramai anak-anak sakit perut cirit birit, dah nampak tembelang macam ini masa kupas telur tapi masih beri kepada anak-anak, mana hati perut mereka ini?

“Harap pentadbiran (MRSM) ‘terminate’ terus (kontrak penyedia makanan),” kata pengguna Facebook tersebut yang hantarannya turut dikongsi Asyraf.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM300,995.40
Ethereum (ETH) RM10,811.69
Tether (USDT) RM4.37
BNB (BNB) RM2,454.59
USDC (USDC) RM4.38
XRP (XRP) RM2.25
BUSD (BUSD) RM4.36
Cardano (ADA) RM1.45
Solana (SOL) RM718.25
Dogecoin (DOGE) RM0.689066
Polkadot (DOT) RM16.59
Polygon (MATIC) RM1.31
Lido Staked Ether (STETH) RM10,802.01
Shiba Inu (SHIB) RM0.000075
Dai (DAI) RM4.38
TRON (TRX) RM0.723796
Avalanche (AVAX) RM103.29