Jangan beri tekanan syarikat penerbangan patuh syariah, kata kesatuan

0

Ismail Nasaruddin berkata kerajaan perlu mengutamakan penambahbaikan persekitaran kerja kru kabin berbanding perubahan lain seperti pematuhan syariah.
PETALING JAYA: Keputusan mengenai amalan patuh syariah dalam industri penerbangan harus dibuat oleh syarikat, kata Presiden Kesatuan Kebangsaan Atendan Penerbangan Malaysia Ismail Nasaruddin.
Ismail berkata syarikat penerbangan tidak seharusnya menghadapi tekanan untuk berubah susulan gesaan dibuat oleh Ahli Parlimen Setiu Shaharizukirnain Abdul Kadir dari PAS
“Tiada isu untuk mengamalkan pematuhan syariah jika syarikat penerbangan mahu menukar model perniagaan lamanya. Anda tidak boleh memberi tekanan kepada syarikat penerbangan jika mereka tidak mahu berubah,” katanya kepada FMT.
Khamis lalu, Shaharizukirnain dalam perbahasan di Dewan Rakyat mencadangkan syarikat penerbangan mengamalkan bacaan doa sebelum memulakan penerbangan sebagai dasar standard selain memaklumkan waktu solat dalam pesawat.
Menurut Ismail, Kementerian Pengangkutan boleh mengenakan pematuhan syariah kepada syarikat penerbangan milik kerajaan tetapi beliau mempersoalkan sama ada ia praktikal untuk syarikat swasta.
“Lihat AirAsia sebagai contoh, mereka mula menggunakan skirt merah untuk pakaian seragam mereka. Adakah sesuai untuk mereka membuat pelaburan tambahan RM20 juta untuk pakaian seragam baharu? Kita perlu realistik tentang perkara ini,” kata Ismail.
Ismail berkata Ahli Parlimen pembangkang sepatutnya memperjuangkan kebajikan seperti persekitaran kerja dan gaji kru untuk meningkatkan tahap piawaian perkhidmatan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia Nigel Wong berkata dasar berlebihan ke atas syarikat penerbangan boleh membawa kepada perubahan dalam persepsi pelancong terhadap Malaysia.
Menyifatkan sebagai tidak munasabah, Wong berkata malah banyak syarikat penerbangan antarabangsa termasuk dari Timur Tengah yang tidak mengamalkan bacaan doa dan pengumuman waktu solat.
“Penjenamaan Malaysia mungkin mengalami perubahan ketara jika ini dilaksanakan pada syarikat penerbangan nasional kita,” kata Wong.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Ahli Parlimen parti itu lantang mengenai pematuhan syariah dalam penerbangan komersial.
Pada 2018, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusoff membangkitkan kebimbangan mengenai pramugari wanita Islam yang terpaksa menanggalkan tudung mereka. Ketika menjadi menjadi timbalan menteri pada 2020, beliau mendesak mendesak kod berpakaian patuh syariah diwujudkan untuk pramugari.
Pada 2021, Abdul Latiff Abdul Rahman, seorang lagi Ahli Parlimen PAS membangkitkan sama ada kerajaan akan memperjuangkan hak pramugari untuk berpakaian menutup aurat ketika bertugas.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM433,403.94
Ethereum (ETH) RM17,076.22
Tether (USDT) RM4.43
BNB (BNB) RM3,164.78
USDC (USDC) RM4.43
XRP (XRP) RM10.01
BUSD (BUSD) RM4.40
Cardano (ADA) RM5.14
Solana (SOL) RM1,040.37
Dogecoin (DOGE) RM1.88
Polkadot (DOT) RM45.03
Polygon (MATIC) RM2.99
Lido Staked Ether (STETH) RM17,065.37
Shiba Inu (SHIB) RM0.000133
Dai (DAI) RM4.43
TRON (TRX) RM1.40
Avalanche (AVAX) RM226.42