Jangan heret parti dalam pertikaian peribadi, Syahredzan beritahu pemimpin PAS

0

Mohd Shafie Ngah didakwa memfitnah Syahredzan Johan dalam dua majlis PN pada Okt 2022 dan awal bulan ini. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan meminta Mohd Shafie Ngah supaya tidak mengheret parti dalam pertikaian mereka berhubung dakwaan fitnah dilemparkan pemimpin PAS itu.
Syahredzan berkata, pertikaian yang akan diputuskan di mahkamah itu hanya membabitkan dirinya dan Shafie yang juga Adun Sungai Ramal.
“Tak perlu heret parti, perjuangan dan soal hidup mati semua ke dalam pertikaian ini.
“Ini Syahredzan lawan Shafie Ngah, hal pertikaian di antara kita,” katanya di Twitter hari ini.
Terdahulu, Shafie yang juga yang di-pertua PAS Bangi memaklumkan akan menjawab tuntutan saman dikemukakan Syahredzan mengenai dakwaan kenyataan fitnah.
“Insya-Allah saya akan jawab satu persatu. Bagi saya waktu yang cukup. Ini perhitungan melibatkan ideologi – PAS dan DAP. Selagi nyawa dikandung badan, saya lawan sampai mati,” katanya.
Bulan lalu, Syahredzan memberi tempoh 48 jam kepada Shafie untuk memohon maaf dan membayar pampasan susulan kenyataan fitnah dibuat.
Katanya, Shafie membuat beberapa kenyataan fitnah terhadapnya dalam dua majlis Perikatan Nasional (PN) diadakan pada Okt 2022 dan awal bulan ini, yang turut disiarkan di media sosial selain mendapat liputan media.
Bagaimanapun, pada 5 Ogos, Syahredzan memaklumkan telah memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27 Julai lalu, selepas Shafie didapati gagal memenuhi tuntutannya sebelum ini.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM307,810.11
Ethereum (ETH) RM16,116.47
Tether (USDT) RM4.69
BNB (BNB) RM2,728.85
USDC (USDC) RM4.69
XRP (XRP) RM2.80
BUSD (BUSD) RM4.67
Cardano (ADA) RM1.91
Solana (SOL) RM807.57
Dogecoin (DOGE) RM0.609953
Polkadot (DOT) RM27.75
Polygon (MATIC) RM2.49
Lido Staked Ether (STETH) RM16,108.41
Shiba Inu (SHIB) RM0.00008
Dai (DAI) RM4.68
TRON (TRX) RM0.628773
Avalanche (AVAX) RM134.85