Jawatan baharu imigresen tiada implikasi kewangan, kata Saifuddin

0

Jabatan Imigresen mempunyai 14,142 kakitangan, dengan 97% terdiri daripada kumpulan sokongan, walaupun mereka mempunyai kelayakan akademik tinggi. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen (JIM) akan melaksanakan penstrukturan semula dalam kadar segera dengan mewujudkan perjawatan baharu yang tidak akan memberikan implikasi kewangan kepada kerajaan, antara langkah memperkasa keupayaan sumber manusia.
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, perbincangan berkaitannya sedang dilakukan dan pihaknya telah mengenal pasti beberapa syor yang akan memberi laluan kerjaya lebih baik kepada anggota imigresen.
Bercakap pada sidang media selepas taklimat pengoperasian JIM di sini, Saifuddin berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam berhubung perkara itu.
“(Isunya) sebahagian daripada pasukan sokongan ini, mereka mempunyai kelayakan tinggi, tetapi jawatan yang disandang rendah, sedangkan mereka berupaya mengisi perjawatan, namun pengisian terhad.”

JIM mempunyai 14,142 kakitangan dengan 97% terdiri daripada kumpulan sokongan, walaupun dalam kalangan mereka mempunyai kelayakan akademik tinggi.
Mengenai kawalan sempadan negara, Saifuddin berkata, hal itu antara perkara dibincangkan dalam pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Thailand, Prawit Wongsuwan di Seri Perdana semalam.
Beliau berkata, Malaysia dan Thailand komited mempertingkatkan kawalan sempadan, selain bersetuju mengambil langkah susulan melibatkan pasukan keselamatan negara jiran.
“Ia bukan hanya khusus kepada insiden pengeboman sama ada di Selatan Thailand mahupun Bandung (Indonesia), tetapi ini komitmen berterusan kerana kedua-dua negara mempunyai hubungan sangat akrab (dengan Malaysia),” katanya.

Beliau turut menasihati rakyat Malaysia yang berkunjung ke luar negara peka dengan perkembangan semasa, khususnya mengenai destinasi dikunjungi dan merancang perjalanan dengan menjauhi lokasi dianggap boleh memberi ancaman.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM299,677.95
Ethereum (ETH) RM10,725.01
Tether (USDT) RM4.38
BNB (BNB) RM2,464.27
USDC (USDC) RM4.38
XRP (XRP) RM2.21
BUSD (BUSD) RM4.32
Cardano (ADA) RM1.49
Solana (SOL) RM710.63
Dogecoin (DOGE) RM0.660257
Polkadot (DOT) RM16.68
Polygon (MATIC) RM1.34
Lido Staked Ether (STETH) RM10,721.29
Shiba Inu (SHIB) RM0.000075
Dai (DAI) RM4.38
TRON (TRX) RM0.718622
Avalanche (AVAX) RM103.46