Jentera PH-BN lebih serasi banding PRN, kata Pemuda Umno

0

Dr Akmal Saleh berkata jentera dan kepimpinan parti terus beri kefahaman mengenai kerjasama gabungan kerajaan perpaduan untuk diterjemah dalam bentuk undi. (Gambar Facebook)

JOHOR BAHRU: Keserasian jentera Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) dilihat menyerlah pada PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, kata Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh.

Akmal berkata, keserasian dipamerkan jentera PH-BN, khususnya komitmen daripada jentera Pemuda Umno pada PRK itu lebih mantap, berbanding PRN enam negeri baru-baru ini, sekali gus menghentikan tomahan kononnya BN Johor menolak calon PH khususnya di Pulai, Suhaizan Kayat.

Beliau berkata, Pemuda Umno di semua peringkat cawangan di Pulai, bersolidariti menyokong Suhaizan yang mewakili gabungan PH-BN dan memastikan kerusi itu kekal milik PH.

“Walapun pertama kali BN tidak bertanding di kerusi Pulai, atas semangat perpaduan kita (PH-BN) kita bersama-sama bersolidariti menyokong calon PH.

“Keserasian antara jentera juga saban hari semakin bertambah baik dan momentum ini akan berterusan sehingga 9 Sept (hari mengundi) ini,” katanya kepada pemberita pada sesi ceramah kelompok yang turut dihadiri Suhaizan di Taman Cempaka, Kempas.

Akmal berkata, di peringkat akar umbi BN pula, jentera serta kepimpinan parti akan terus memberi penjelasan agar kefahaman mengenai kerjasama gabungan kerajaan perpaduan, dapat diperkukuh dan diterjemahkan dalam bentuk undi memenangkan calon PH.

Pada PRK Parlimen Pulai Suhaizan berdepan saingan tiga penjuru menentang calon PN Zulkifli Jaafar dan Samsudin Mohamad Fauzi yang akan bertanding sebagai calon bebas.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka di dua kerusi berikutan kematian penyandangnya, Salahuddin Ayub yang juga menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup, pada 23 Julai lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK bagi kedua-dua kerusi itu diadakan serentak dengan hari pengundian awal pada 5 Sept diikuti hari pengundian 9 Sept.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM307,810.11
Ethereum (ETH) RM16,116.47
Tether (USDT) RM4.69
BNB (BNB) RM2,728.85
USDC (USDC) RM4.69
XRP (XRP) RM2.80
BUSD (BUSD) RM4.67
Cardano (ADA) RM1.91
Solana (SOL) RM807.57
Dogecoin (DOGE) RM0.609953
Polkadot (DOT) RM27.75
Polygon (MATIC) RM2.49
Lido Staked Ether (STETH) RM16,108.41
Shiba Inu (SHIB) RM0.00008
Dai (DAI) RM4.68
TRON (TRX) RM0.628773
Avalanche (AVAX) RM134.85