Jika tiada darurat, Sarawak terus dengan PRN, kata Abang Johari

0

Abang Johari berkata beliau menyerahkan kepada SPR untuk belajar dari Singapura, New Zealand dan Korea Selatan bagaimana mengendalikan pilihan raya ketika pandemik. (Gambar Bernama)

LUNDU: Ketua menteri Abang Johari Openg hari ini berkata kerajaan Sarawak akan meneruskan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 susulan keputusan Agong tidak membenarkan Putrajaya mengisytiharkan darurat.

Beliau berkata, Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mendapatkan mandat baharu daripada rakyat sebelum Jun tahun depan.

“Oleh kerana tidak ada darurat, kerajaan Sarawak akan terus menjalankan pentabbiran seperti biasa tetapi mandat kami akan berakhir.

“Jadi, kami tidak ada pilihan lain selain meminta sokongan rakyat dengan mengadakan pilihan raya negeri,” katanya pada sidang media hari ini.

Abang Johari berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh belajar daripada pilihan raya di Singapura, New Zealand dan Korea Selatan yang diadakan ketika pandemik tanpa sebarang peningkatan kes Covid-19.

Beliau akan menyerahkan kepada SPR untuk melaksanakan SOP ketat bagi memastikan pilihan raya negeri Sarawak tidak akan memburukkan lagi keadaan Covid-19 di negeri dan negara ini.

PRN Sabah baru-baru ini dilihat sebagai punca peningkatan kes Covid-19 di seluruh negeri dan Semenanjung sejak 2 bulan lalu.

Sementara itu, Abang Johari berkata Sarawak berterima kasih atas nasihat Agong kepada ahli politik supaya menghentikan berpolitik kerana boleh mengganggu kestabilan negara.

“Kita perlu bersatu untuk melawan Covid-19,” katanya.

Ketika ditanya mengenai pertemuan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dengan ahli Parlimen dan anggota Kabinet pagi ini, beliau berkata itu hanya “pertemuan biasa”.

“Ya, kami (GPS) ada Fadillah Yusof di sana,” katanya merujuk kepada menteri kerja raya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM309,870.19
Ethereum (ETH) RM10,785.29
Tether (USDT) RM4.37
BNB (BNB) RM2,501.94
USDC (USDC) RM4.38
XRP (XRP) RM2.27
BUSD (BUSD) RM4.41
Cardano (ADA) RM1.48
Solana (SOL) RM745.86
Dogecoin (DOGE) RM0.781274
Polkadot (DOT) RM17.14
Polygon (MATIC) RM1.35
Lido Staked Ether (STETH) RM10,758.09
Shiba Inu (SHIB) RM0.00008
Dai (DAI) RM4.39
TRON (TRX) RM0.705109
Avalanche (AVAX) RM107.13