Kadar fi SD, ekshibit naik kepada RM10 mulai Isnin ini

0

Menteri Undang-undang Azalina Othman Said berkata kadar fi akuan berkanun dan ekshibit masing-masing RM4 dan RM2 sejak 1993.
PUTRAJAYA: Kadar baharu fi akuan berkanun (SD) dan ekshibit dalam dokumen berkenaan adalah masing-masing RM10, berkuat kuasa 16 Jan ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, berkata kerajaan bersetuju menyemak semula kadar fi SD mengikut peruntukan Seksyen 4, Akta Akuan Berkanun 1960 [Akta 783].
Kali terakhir fi SD itu ditetapkan adalah pada 4 Mac 1993, hampir 30 tahun dahulu melalui warta P.U.(A) 78/93, iaitu RM4 bagi SD dan RM2 bagi ekshibit dalam akuan berkanun berkenaan, katanya.
Azalina berkata, kerajaan telah menyemak semula kadar itu selepas mengambil kira aspek perkembangan ekonomi, kadar inflasi, kenaikan kos operasi, kenaikan fi pelantikan Pesuruhjaya Sumpah dan perbandingan dengan kadar di negara lain.

“Kadar baharu fi ditetapkan berdasarkan semakan dan kajian terperinci yang dilaksanakan oleh kerajaan dengan pihak berkepentingan dan Pertubuhan Gabungan Pesuruhjaya Sumpah Malaysia (Pesuma),” katanya dalam kenyataan.
Azalina juga telah menandatangani Perintah (Bayaran) Surat Akuan (Pindaan) 2023 berhubung kadar fi yang telah disemak semula itu hari ini.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM309,127.24
Ethereum (ETH) RM16,248.28
Tether (USDT) RM4.69
BNB (BNB) RM2,740.52
USDC (USDC) RM4.69
XRP (XRP) RM2.81
BUSD (BUSD) RM4.69
Cardano (ADA) RM1.92
Solana (SOL) RM808.04
Dogecoin (DOGE) RM0.612944
Polkadot (DOT) RM27.75
Polygon (MATIC) RM2.50
Lido Staked Ether (STETH) RM16,236.09
Shiba Inu (SHIB) RM0.00008
Dai (DAI) RM4.69
TRON (TRX) RM0.628145
Avalanche (AVAX) RM136.63