Kalah ‘bersiri’, ahli Muda tuntut pemilihan pimpinan

Seorang ahli Muda juga mahu kepimpinan tinggi segera dipilih secara demokratik sejajar asas penubuhan parti.
PETALING JAYA: Muda digesa mengadakan pemilihan parti bagi menggantikan kepimpinan sedia ada susulan siri kekalahan pada PRN Johor, PRU15 termasuk PRN enam negeri yang berakhir semalam.
Ahli Muda, Danial Jafri dalam kenyataan menegaskan Anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (Jkep) lantikan parti itu gagal dan hanya menjadikan parti mereka regresif.
“Pelantikan Jkep tanpa pemilihan parti yang diamalkan kini tidak menghormati hak demokratik ahli dan tidak sejajar dengan asas penubuhan Muda iaitu perwakilan demokratik.
“Oleh itu, pemilihan parti perlu dijalankan bagi memastikan kepimpinan Muda yang berwibawa dan berintegriti dapat dipilih secara demokratik dan tidak mengambil kira pandangan ahli kerana tiada libat urus dengan akar umbi,” katanya.
Muda kalah semua kerusi ditandingnya pada PRN dengan kesemua 19 calonnya di Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, dan Terengganu hilang deposit.
Sementara itu, Danial menggesa Muda memperbaiki hubungannya dengan Pakatan Harapan (PH) termasuk menghentikan serangan terhadap kerajaan perpaduan dengan melihat gabungan PH dan Barisan Nasional sebagai “sahabat dan bukan musuh”.

Source link

Comments (0)
Add Comment